Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 22, 2006

Ikatan Yang Terputus Masih....

Hari demi hari aku lalui dengan pelbagai perasaan dan kata hati. Namun terikat sesuatu yang aku tak mampu untuk leraikan. Aku ibarat hujan, bila aku diperlukan aku di sebut-sebut, namun bila aku hadir dan cuba untuk bermesra, aku dihina, dihalau malah di caci. Mungkin caraku tidak mesra.

Pertemuan yang dulunya menjadi sesuatu yang menggembirakan tidak lagi gembira. Apakah agaknya yang menjadi dinding antara kita? Namun di mata-mata dunia, akulah pencipta dinding itu. Akulah yang menjadi garis yang membezakan antara kita. Tiada apa yang mampu mengganti diriku untukku persembahkan untuk kita terikat kembali. Jauh disudut hati, aku sedar bahawa tali yang pernah diikat selama ini telah putus kerana yang memegangnya hanyalah kau. Andai di sambung kembali, hanya satu kupinta, benarkanku memegangnya dengan sekuat hati.

Namun aku sedar, tali yang dulu terikat amat sukar bagimu untuk memegangnya kembali mungkin juga tidak lagi akan dipegang olehmu. Aku sendiri pernah berkata, diri kita, kita yang mencorakkannya. Aku lahir bersama dengan "aku" yang lain, namun aku cuma insan biasan bahkan tiada kudrat untuk mengubah segala. Telah kucuba menjauhkan "aku" dari diriku, namun masih tidak kesampaian. Disaat kedinginan malam ini, dan setiap kali kedinginan malam hadir, akanku pintal memori lama menjadi hamparan untukku lenakan mata ini yang pernah kau tatapi dulu...

Thursday, November 09, 2006

Memoirs of Raya 2006

Salam,

Tahun ni punya raya agak best jugak, sbb we all 1 family ada activity nak di buat pada raya pertama, kedua, ketiga, and keempat. Raya keempat paling best sbb semua dpt berkumpul kecuali kak lang aku, so 9 adik beradik ada mase tu.
We all plan buat BBQ Raya, so pagi2 bute raya keempat aku pegi pasar ngan akak2 aku. Lepas tu aku marinate ikan, sotong, and udang. oops bukan aku, tp akak aku sebab lepas ke pasar tu lebih kurang pukul 11 aku ngan akak lagi satu pegi ke Muar, kawan die ajak beraya plak kan.
 Tak byk masak tahun ni
Tahun ni tak byk masak pon, just lemang, rendang daging je ayam tade, pastu ketupat which is aku sendiri yg buat huhu.
 Preparation utk BBQ Raya
This image taken while anak sedare aku yg paling tua yg berbaju merah tu tgh balut ikan dgn daun pisang nak kasi baru wangi and tak melekat.
 Tgh meBBQ kan ikan
Gambar ni pulak mase 1st batch ikan yg dah dibalut di bakar dgn ghairahnye, tu abg aku yg sulung and yg nampak blakang je tu is my bro-in-law.
 Wahhh ini dah siap di bakar
Ini ikan2, yg sudah siap di bakar dan ready utk di baham oleh semua pirana2 which is anak buah aku seramai 27 org tuh, kejap je abis ikan kembung, ade 3 jenis ikan, kembung, cencaru, and ikan terubok.
Menu sampingan
Ini Menu sampingan iaitu chicken ball yg mana tak sempat goreng semua dah kene sapu, buat malu btol anak2 buah aku ni huhu. they all really have fun that night.
 Oops temper tak lupe
Haa, on the way balik dari Muar, sempat kami beli makanan sampingan temper ini, cane eje tempe ke temper ke tempey ke tah la tak igt.
Whole family for this raya
Ok this is image utk semua yg beraya kat Palong tahun ni. ade 3 family yg dah kawen, 1 dah betunang(baju melayu), and 2 belum kawen temasok yg tgh amik gambar sebab stand tade,huwaaaaaa...anyway tahun depan shud be better hopefully, insyaAllah...

p/s: rollover mouse on images+click to enlarge...

Wednesday, November 08, 2006

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya semua...

Punye la lame aku tak buat entry dah, sampaikan password pon aku tak igt. well , di hari yg mulia ini aku nak minta maaf zahir dan batin dari hujung rambut sampai hujung kaki. kepada sesiapa yg aku ada buat dosa besar ke kecik ke, aku nak minta maaf sgt2, termakan terminum mintak halalkan, kalo ada yg tergune ke mmg sengaja gune duit tu aku akan cube bayar selagi nyawa ada di badan ni. kalo aku wat korang kecik hati, kecewa amat2 ke maaf sgt2 sbb aku ni manusia biasa yg luar biasa.

Raya tahun ni paling best aku rase utk 3 tahun ini. byk perkara positive berlaku kat umah aku. but nothing is perfect, ade gak yg negative, bahkan lagi menyentuh hati aku ni dari yg positive tu. anyway aku nak gi class dah ni, kang lambat kene marah susah pulak kang.

Salam...

Monday, July 17, 2006

Siti Nurhaliza bte Taruddin

Tidakkkkkkkkkkkkkk kenape siti kawen ngan Datok Kambing tuuuuuuu, aku sbg peminat restu je tp kan, tak restuuuuuuuuuuu oh tidakkkkkk, kenape die kawen ngan Datok Kambing yg baru je gagal dalan perkahwinan pertama die???? tak takot ke siti kegagalan si Datok Kambing tu terjadi kali kedua???, ke siti tunggu je Datok Kambing tu cerai pastu balun kawen ngan die. OMG siti ni asal ek????? Adakah siti pilih Datok Kambing sebab status atau tidak???

Korang rase kenape siti berbuat camtu, sile komen, aku tgh frust bukan sebab taapat kawen ngan siti, of coz la tak dpt, tp kalo dah tertulis siti kawen ngan aku nak wat cane (jgn mara naju i love yu okeyy) tp kan siti ni isk busuk btol badak sumbu siti nihhhhhhhhhhh.......
 Siti oh Siti tidakkkkkkk

Wednesday, May 24, 2006

LoNeLY

AKo SOraNg, BOsaN!!!!!!!!!

Friday, May 19, 2006

Iklan Bersama AYiN - RUmah BaYU

TWIN SHARING ROOM FOR RENT!

(p/s: rollover pictures)

Twin sharing room for rent in Cyberia Townhouse 2
Rent RM500 per room, RM250 per person
The house is fully furnished with:

  • Kitchen cabinet
  • Stove + oven
  • Microwave
  • Fridge
  • Dining table
  • Sofas
  • TV Set + DVD Player
  • Washing machine

The room is furnished with:

  • Beds
  • Closets
  • Study tables + chairs

The rent includes utilities (water, electricity, gas, streamyx)
For Muslim girls only, preferably Malay
STRICTLY NO SMOKING
AND NO DRINKING!

Please contact RIN at 012-2727269 for further inquiries
Room and house viewing can be arrange


 Rumah Bayu AYin
(Gambar Hiasan - Gambar Oleh ISS)
 Rumah Bayu Mewah Skali
(Gambar Hiasan - Gambar Oleh ISS)

Wednesday, May 17, 2006

Ubat batok Cap Ibu dan Anak

Assalamualaikum
(p/s: rollover pictures)

Ha jawab2, hehe entry kali ni aku nak story pasal fairy tales based on proverb melayu “seperti pungguk merindukan bulan” bukan punggong ok, Naju jgn pervert bile bace ok!!
Dulu masa zaman muda berseri and still berseri, huhu, aku umur 15 tahun, form 3, malam2 aku dan mak aku berhobi duduk kat pangkin(bench kayu buatan aku tajaan casa impian) bawah pokok rambutan luar rumah. selalunye kalo mase bulan mengambang, so terang skit malam2. Jadi mak aku ni suke sangat story mory aku cerite2 lama ni. Dialogue di bawah adalah antara aku dengan mak aku:

Aku : Mak apo maksud pepatah “seperti pungguk merindukan bulan”?
Mak : Maksud eh cinto yang tak sampai pastu tak sudah, kalau oghang2 tuo dulu, ado kisah eh nih, donga cito ni.
Aku : Oh yo ko, cito la mak (aku dengan enthusiastic skali)
Mak : Cam ni ha, dulu-dulu, pungguk dongan bulan ni bercinto lopeh tu tingga kek langit kek bulan tu ha, masing-masing sayang samo-samo. pehtu, satu hari, si bulan ni sikek la ghambut, lopeh tu tibo-tibo sikek eh tu jatuh kek bumi, jadi bulan ni mintak tolong kek pungguk tughun kek bumi amikkan sikek tuh. ha, pungguk pun toghobanglah kek bumi, ha kan kalo kito kayuh basika, kalo monughun tu laju yo kan?
Aku :Ha ah tayah kayuh pun takpo (aku mengangguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut tunjuk, iye-iye, saye-saye, kiri kanan ikot saje, panggg!!! kene lempang ngan mak aku, hehehe lawak jek)
Mak : Ha jadi bilo pungguk dah sampai kek bumi, dio pun caghi2 sikek sampai lah dapek. jadi dio ni nak naik ateh balik, tapi tak lopeh sobab bulan tu kan tinggi jauh, pungguk mano lopeh nak toghobang jauh tu. tu pasal la sampai skaghang, pungguk ni kalo bulan mengambang dio bunyi2 sobab ghindu kek bulan tu ha.
Sikat kelas, tak menahan
Pungguk muke poyo tak sedih langsung
Aku : Oooh cam tu ko, tapi kan mak cito ni boto ko mak?
Mak : Tak tau lah, nih oghang2 tuo dulu cito. atok kau dulu sukola cito2 kek mak.

Translation: Aku tanye kat mak aku ape meaning proverb tu, pastu mak aku jawab, proverb tu pasal cinta yg x berkesampaian dan x berkesudahan. so mak aku start cite pasal proverb nih. mak aku ckp cite ni pasal couple iaitu bulan ngan pungguk yang mana 1 day bulan sikat rambut pastu sikat die jatuh ke bumi, pastu pungguk tolong amikkan, fiziknye mmg laju kalu bende yg bergerak dalam keadaan curam, since bulan ni tinggi, pungguk ni tak bole nak naik dah, pastu die duduk la kat bumi sampai skang tu pasal kalo bulan mengambang burung antu atau pungguk akan bunyi, die ni rindu kat bulan.

So cenggitu la ektiviti storynye. mak aku suke cerite kat aku pasal kisah orang2 tua dulu. kalo nak ikotkan dalam kamus peribahasa DBP, maksud proverb ni, dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).So nanti, entry berikutnya aku akan bawakan lagi story lama2 sebab tak ramai bebudak skang yang tau cerita lame2 ni. yg aku tau pun ade sorang budak ni nama die bahirah kawan naju, die nih ala2 nenek2 ade je crite lama.

Sunday, May 14, 2006

IKan BaKAr - fCM nITe nono

Assalamualaikum...
(p/s: rollover pictures)

As usual sabtu hari paling aku suka, nak tau sebab ape sebab aku suke la. macam semalam, Naju, and again Bard Binsimmone serta aku telah merancang untuk berbakar ikan pada pagi sabtu tu. we had meeting jumaat malam, so paginya start all the tasks.
 Atas muto hokeyy
So on the way ke pasar pada pukul 7.30 pagi sempat amik gamba dimana menjadi tempat kebanggaan Naju, which is PASAR BORONG SELANGOR okeyy. Dengan pantas mesnap kamera pinjam tajaan IDA dan Abang Iparnya Corporation.
Ikan fereshh (kampong)
Kat sana macam2 makhluk ada, dari manusia sampai la ke ikan, ayam dan gorgon tidak lupa Nnena. Kalo nak ikan yg feresh2(kampung btol) datang pagi2 cam kami ni ha, tgk ikan tu, semua keluaran America's Next Top Model tajaan UPN Tv hokeyy, sume vogue, sihat, segar dan menggoda. Siakap kami beli sekor, Naju punya kemahuan melantak die nak siakap gak, tekak mahal ni Naju takot aku nanti cane ek hmmm....hihi.
Goldish and Gedish
Tengoklah ikan nih selepas di merinet oleh aku (nak resipe RM 23 satu recipe, demand diva). Permulaan api yang sangat berjaya dan lihat pembakaran terbuka menghasilkan api biru dan sangat panas (kimia failed). Tapi not bad rasa ikan nih tau, nangis makan sedap sangat huhu.
“Horrorism"
Setelah kami leka kat ikan yang terakhir nak masak iaitu ikan siakap tekak mahal Naju, tetibe ikan kami yg dah masak tu tinggal tulang seperti gambar di atas (soalan geografi). So kami tekejut dan bengang, kami saspek makhluk aneh yg dtg ketika BBQ kami beberapa minggu lepas. Pelik btol aih...
“Horrorism"
Tiba2 kantoi, aku sempat letak self-timer kat kamera yg aku letak atas bench kat situ, rupa-rupa mereka inilah yang makan ikan kami sampai tempat lunching kami jadi aftermath tsunami. Oleh itu kami perlukan anda semua untuk membantu kami memberkastaperware(takot tak muat) pelantak2 inih, yang penting derang ni model ok sebab sempat pose tgk kamera. Mari hapus pelantak maju perut...(demi menjaga hak asasi kemanusian, terpakse aku hitamkan gambar inih)

Friday, May 12, 2006

Tyra Bank's 1st Video Clip

Assalamualaikum…
(p/s: rollover gambar for caption)

Serperti biase aku tgh bosan aku akan tengok video kelip-kelip yang ade dalam koleksi aku. So aku pun play la randomly pakai windows media player tajaan Microsoft. Kebetulan pulak, rumet aku Azlan budak FA ok tp dah ada yg punye, die pun join sama aku layan koleksi clips aku. So aku klik next2 sampai la turn satu video nih iaitu video Michael Jackson- Black or White. Tibe2 Azlan budak FA ni menyatakan something yang sangat menarik. Die kate, kawan die penah kata kat die, pastu die kate kat aku, dalam video ni kalo korang ingat part yang last tu ada manusia tukar2 kepale kan? Salah sorang manusia yang terlibat dalam penukaran kepale tuh adalah Tyra Bank dan mengikut sumber,
Cantiknye Gigi
clip ini adalah clip pertama Tyra Bank kalau tak silap la ok. Aku pong tekejut sampai tersepak monitor ni haa!!!Abis kene beli monitor baru la plak. isk.
Hiyarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!
(Gambar Hiasan-Gambar oleh ISS)
Dahi senduk cam aku
Tapi kan, adakah aku sorang je yang tatau atau sume dah tau, takot gak aku, nanti malu je, orang lain da tau lame, aku je baru tergedik tau ehehehe.
 Besar mulut dia
Sapa yang tatau skang aku kasi tau, sape yg dah tau diam2 je la hehee. biase la aku slalu tetinggal hehehe, sib baik ade rumet yang di taja oleh FCM(FA)MMU.
 Fotogenik nye ko ni
Just info, dulu masa memule die jadi model, byk agency yg tanak amik Tyra Bank sebab dahi senduk dapur dia ni mengalahkan gulai mak aku. kira cam aku gak la, dahi senduk. tape skang die da jadi supermodel dah pon, amik pengajaran dari situ, kenelah berdahi jendul, hhihih. Credit utk Bard Binsimmone sebab bagi info.
 Tak tau nak komen ape

Thursday, May 11, 2006

Nicole Kidman vs Marcia Cros

Tadi aku baru tengok movie Stephford Wives di sponser oleh Bard Binsimmone, dalam movie ni, muke heroinnye aku sangat familiar, so aku pun dok fikir and fikir, lama2 baru ingat yang die nih pelakon Desperate Housewives. So aku pun layan movie ni sampai abis, bila dah abis movie ni aku baca la credit movie, alih2 aku tengok nama heroinnye Nicole Kidman, dan sepantas kilat aku teringat series Desperate Housewives. Aku jadi fongkius(confuse) (word rekaan Bard Binsimmone utk Spring akan dtg) , pastu tanye Naju dalam series Desperate Housewives tu Nicole Kidman ke? Die pon blurry eyes, then aku melayari internet, pelakon dalam series Desperate Housewives tu, adalah Marcia Cros. Adoi aku fongkius slame ni. Mase tengok Desperate Housewives pon aku cam familiar pompuan bermuka and bernama Marcia Cros nih, so aku fikir die nih Nicole Kidman la kan. Die tade la same sejibik, tapi aku terfongkius skit je hehehe. Cube korang tengok gamba bawah ni yang mana aku buat pas di landa ribut La Fongkius, dua orang makhluk ni ada persamaan.

Kekompiusanism

Persamaan dua makhluk ni adalah seperti berikut:

  • Cheek bone yang sama
  • Dagu tajam sama
  • Mulut yang lebar dan bibir yg nipis
  • Mata hijo same dan kebetulan style rambut pun sama
  • Shape of my heart, eh shape muka sama
  • Rambut of coz dalam gambar ni
  • Bulu kening dan hidong
  • Last but not least, both movie ini ade word "Wives" hehe
Ianya hanyalah pendapat aku je, hehehehe...

Tuesday, May 09, 2006

Gamba Hadiah

Hehe, aku baru reti cane nak upload gamba dengan jayanya. so ini kali pertama try nih sib baik jadik. credit to Naju sebab aja aku. so nikmatilah gamba-gamba di bawah, boleh rollover ade captions.

THANKS yg teramat-amat kpd mereka yg datang memeriahkan hari jadi aku. Hadiah memang menarik gile. dapat kekura mata stim, member2 aku kate cam mata aku gak, ye ke? dan cawan HIJAUUUUU oleh Bard Binsimmone dan card beday dari Epan yang die tulis mase park keta kat Alavanda seblom sampai Secret Recipe. cis hahaa.
 Kek Walnut Slurpp!!!
hheheh inilah kek ketiga dalam hidup aku, kek kedua dari Naju. Kawan Baru AkuKura-kura ni dah ramai kawan2 aku yg nampak kate rupa aku serupa ngan kura2 nih, huhuhu tidak!!!
Pakai Evening GaunHaaa ni kawan baru aku name die Hey Raju, meriah tak ekor die? (tade kene mengene ngan beday aku heehe)
Cawan Hijau Ok!!!Cawan kaler ijau haha oh tidak aku suke sangat cawan ni...Bard Binsommone cam tau2 je aku mmg nak cari cawan . heheheh

Tue ke Mude?

Assalamualaikum...
Silih berganti siang dan malam, aku rupa2nye da 22 tahun. tepat pada 8.5.2006 pukul 5.33 pagi, umur aku dah bertambah lagi satu. tapi muka aku still muda la kan. anyway thanks kepada mereka yang telah wish aku, kasi hadiah kat aku sume, aku jugak doakan anda semua semoga panjang umur dan murah rezeki. anyway, malam tadi aku di surprisekan oleh Naju di Secret Recipe Alavanda. aku ade tanya die, malam ni nanti just two of us atau tak. Dia jawab, yep just two of us. so aku ekceli takde la saspek akan ade orang datang since dah dia kata cam tu. tetapi sixth sense aku bagi tau yg ada orang lain akan join same. terkantoi la plak mase masok dalam Secret Recipe, masa naju tunjukkan surat reserved, akak tu cakap "oh yg untuk 10 orang tu ek?". aku pun buat2 tak dengar la kan.

Pastu aku mengekori naju ke satu tempat duduk, aku tgk kami duduk di tempat yang bole di muati oleh ramai penduduk. so btol la sangkaan aku. aku ngan naju sampai dulu, akak tu pun keluarkan kek yg bersiap lilin terbakar atasnya mewakili umurku yang baru 22 tahun huhu, "baru" ok. lepas tu aku pun tertanya2 siapa lagi yg akan hadir menikmati kek ni bersama kami. naju pun melistdownkan sape yang akan muncul tidak lama lagi (lama sebenarnya). pasangan pertama sampai adalah Dar dan Ayin dgn penampilan Scottishnya. mereke dengan gedik duduk join kami together-gether. lepas tu Bard Binsimmone muncul dari celah tiang Secret Recepi di iringi Erpan the UK. aku punya la seronok dia orang ni datang. lepas tu pasangan Azarul ngan Inarah a.k.a Inari. aku dapat hadiah dari Naju iaitu seekor kura-kura mata stim!!!!!!!! manakala dari Bard adalah sebentuk Cawan HIJAU!!!!!! ok!!!!!! Erpan kasi card yg mana die baru tulis kat parking lot Alavanda!!!!! hahaha sronok la bangat!!!

Lepas itu, kami melantak kek yg sangat sedap dan menjadi besar setelah makan, tak tau asal jadi cam tu. tp yang penting kami enjoyy!!!(puteri tv3). okeh itu saja buat kali ini, semoga bertemu lagi diwaktu yang sama dan hari yang sama, majulah perut untuk hari jadi!!!

Saturday, May 06, 2006

Life is Very Easy

Dimana letaknya harga diri kita sbg seorang manusia? lately byk perkara yg berlaku dalam hidup aku juga kawan2 aku. kadang2 tak semua org mampu menghadapi prob masing2. sebab tu perlukan org lain such as family, kawan ke sape2 je. dulu aku slalu fikir life is not easy, but selepas aku fikir2 dan aku byk bertanya org yg lebih berpengalaman, life is very easy, kita yg buatkan life itu is not easy. setiap org ada masalah die sendiri, ada sejarah sendiri ada cara sendiri, but tak semua yg sendiri tu mampu membantu kita dalam menjalani hidup ni btol tak?

Aku sendiri ada prob. mmg aku ni happy go lucky orgnye, btol ke?. aku gak org yg byk ckp, kadang2 sampai tak sedar terckp perkara2 yg tak sepatut, terckp sesuatu sampai buat org lain terasa. sebenarnye tade niat nak ckp cam tu. harap korang sume paham. pastu sibuk nak tolong org, motivate org sume, bz pasal kesalahan org lain, itulah org melayu kata semut di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

I wish i could have a son yg sangat membanggakan suatu hari nanti. aku nak die jadi org warak dan sgt berguna, bijak, ada kerja yg bagus, kaya, dan macam2 perkara yg baik ada kat dia. aku nak dia ada sifat2 yg baik yg ada pada kawan2 aku dan ofcoz aku la, cam Rozanizam Zakaria, Muhamad Darmawan Azran, Syed Hafiz Syed ape tah dan of coz Siti Nadjwa Muhammad Shukri, dan aku nak die ada sifat2 terpuji seperti Nabi Muhammad S.A.W. tidak lah aku mintak dia perfect, coz nobody perfect atas dunia ni kan. aku nak ajar kasi die semangat yg mana seperti semangat yg mak aku ada. satu perkara penting aku nak die bangga dgn ayah die which is aku. but, adakah die akan bangga dgn ayah die suatu hari nanti...?

Apa pendapat korang dalam menjalani kehidupan ni sebagai seorang manusia yg benar2 manusia. separuh manusia yg ada kat dunia memilih macam2 cara utk menikmati kehidupan. tp ape2hal pun tepuk dada tanya selera....

Thursday, May 04, 2006

ISS is no more ISS

Yuhuu, lame sgt dah aku tak buat entry. cam tade idea nak buat entry ape. sehinggalah hari ni, aku terase nak buat entry baru. since this new year 2006, macam2 yg dah terjadi. baik, buruk gumbira, tak gumbira sume ade. alahai... tatau ape nak taip nih huhu. but lately, aku slalu hang out ngan bard atau di kenali sbg toccara haha, jgn mara bard :) . well, we all together-gether pegi mines la, and now aku ade spot baru utk lepak2. we call it MACIK. best tempat tu, sangat santai dan quite selesa.

lately 2 hari beturut2 pegi macik. macik tu pun dah kenal dah kami. die punye magi goreng sedap. ermm, tp tu lah sane cam tade payung atau atap sangat, so cam berembun dara kalo pegi macik malam2. anyway tak kisah pun, sebab actaully deep into my heart aku ke sane utk release tension. people maybe couldn't see my tension. but nowadays aku dpt rasakan apa itu erti hidup yg sebenar. since aku dah jumpa "Miss J", byk perkara yg aku pelajari dan lepaskan dari penjara dalam badan aku ni, hebatkan aku nih, ada penjara lagi. tp mmg btol kata org, kalo kita simpan everything, tade sape akan tau, sebab kita sendiri tanak kasi tau, lama2 bole jadi gile, ape aku mengarut. fitrah manusia, kene hidup dalam komuniti. tak bole hidup sorang. nak hidup sorang pegi dalam gua ke hutan ker, tu pun kalo menatang kat sane bole terime. sebab binatang pun hidup berkomuniti.

Well tu je kot utk entry kali ni, maybe aku akan buat entry baru nanti, perhaps pasal latest activity aku. aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Miss J sebab banyak tolong aku lately dalam mengenal sapa diri aku yg sebenar. but tak lupa kepada kawan aku Gedik, die jugak byk tlg aku gone through all the tests in my journey of life. And this last thanks is for the ONE yang aku tak bole lupa. Untuk the ONE, i will always think of you, its like breathing, we cant be separated accpet Allah's willing. dan aku nak ucapkan terime kasih kat sume yg pernah libatkan diri dalam pentas lakonan dunia aku ni, terutama rozanizam zakaria yg study medic kat australia, dan semua yg kenal aku. "tah btol tah tidak english aku lantak la yek. asalkan korang paham. huhu..."

Thursday, February 16, 2006

BISNIS LA SKIT KITA

MEREKA YANG TELAH BERJAYA

"Ifa Raziah sambar BMW - PANCAINDERA SELASA 7 Febuari, 2006"

“Saya boleh katakan kejayaan saya dan suami adalah hasil daripada usaha menjual tuala wanita, itu sahaja - Rozita - PANCAINDERA AHAD 8 Januari, 2006"
-------------------------------------------------------------------------------
AGEN DI KEHENDAKI!!!!!!
------------------------------------------------------------------------------

BIO SINATARY PAD (TUALA WANITA BERHERBA)
------------------------------------------------------------------------------

KEISTIMEWAAN
•Bersih dan selesa merupakan pelindungan yang istimewa
•Tuala Wanita berfungsi dengan hak berpatent 20 tahun
•Tidak mengandungi florensen, selamat digunakan
•100% lipatan kapas
•Mempunyai sijil pengesahan di malaysia dan singapura

KESIHATAN KEBANYAKKAN WANITA BERTAMBAH BAIK SETELAH MENGGUNAKAN TUALA WANITA HERBA SEMULA JADI:

Wanita:
•Mengurang sakit haid
•Keputihan
•Kekuningan
•Membuang angin
•Mengimbangi sistem haid
•Menghindar kegatalan
•Mengurangkan sakit sendi semasa haid
•Menghindar jangkitan faraj akibat kuman
•Menghindar jangkitan pundi kencing akibat kuman
•Menghindar jangkitan usus besar dan bawah usus akibat kuman
•Mengelak dan mengurangkan bau
•Membuang gumpalan darah dalam uterus
•Berkualiti tinggi dan tidak mudah tembus
•Mesra pada kulit, menghindari kesensitifan kulit

Lelaki:
•Sakit pinggang & keletihan, tampalkan dibahagian pinggang anda
•Sakit kaki akibat terlalu lama berdiri, berjalan atau bekerja. Tampalkan di bahagian dalam kasut anda setiap hari!
•Tampalkan di dalam topi keledar anda bagi mengelakkan rambut gugur dan mencegah bau
•Sebagai pelapik muka akibat mabuk laut atau kenderaan
•Sebagai pelapik mata untuk mengelak kelesuan
•Masalah buasir ? boleh menggunakan day use juga

HARGA :
Herbal Sanitary Napkin (Kegunaan siang hari) - 20 keping (RM 21.00)
Herbal Sanitary Napkin (Kegunaan malam hari) - 20 keping (RM 23.00)
Herbal Panty Liner (Ultra nipis) - 40 keping (RM 18.50)
------------------------------------------------------------------------
AGEN DI KEHENDAKI!!!!!!

Merupakan peluang peniagaan dengan risiko dan modal yang paling minimun. Sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapat bekalan atau menjadi agen sila emailkan alamat anda di judyhitam@gmail.com atau SMS dan CALL 016-3843732 (Mimie) untuk keterangan lanjut. Tak pon mssg je aku kat YM aku.
------------------------------------------------------------------------

Tips...RM 1.00 BERSAMAAN 0.7 BV, antara yang tertinggi dalam MLM Malaysia
BERMINAT????

Wednesday, February 15, 2006

Masalah oh masalah

Assalamualaikum...

Kadang-kadang bile hidup ni di datangi masalah yang bertimbun-timbun dan sukar untuk di selesaikan, musti akan ada rasa give up. Hanya orang yang "kuat" saje mampu hadapi. persoalannya sampai bila masalah-masalah ini akan datang untuk menimbunkan diri dia dalam kehidupan sesorang itu.

Manusia hidup bersosial, berkomuniti tetapi bila ada masalah, susah nak cari komuniti yang bole mendengar masalah kita. kadang-kadang tu penat je kite kasi hint atau clue pasal masalah kita, derang tak paham. menjadi seseorang yang bernama manusia ni tak lah sukar mane, actually life is easy, cuma kita saje yang menjadikan dia susah. depends on how we manage our life.

bosannye topik aku ni. aku sendiri rase nak penampar je sape yang buat topik ni. pegi mampos same ko. tapi kan dah la tade sape suke, nak tampar diri sendiri lak dah tu cakap pegi mampos lagi. tah ape2 la penulis topik ni. kalo aku dapat die aku kasi die duit. ok lah nak pegi mandi...

Tuesday, February 14, 2006

Mat Jenin

Assalamualaikum...
Lame aku tak buat entry baru dah. alaa tade idea sebenarnye. pastu aku asyik lupe aje nak update blog ni. anyway hari baru musti ada perkara baru. aku nak jadi kaya. cane ek? korang pernah tak terfikir nak jadi kaya dalam usia muda. lepas tu bile korang dah terfikir tu, ada tak korang buat step by step nak jadi kaya? atau stakat berangan je nak jadi kaya pastu dok diam main game cam aku, pegi date cam aku, pegi class cam aku, gemok cam aku.

alahai cane la nak jadi kaye ni. korang tade ke lobang2 nak kaye cepat asalkan halal dan tidak dilarang oleh agama dan jugak bole di lakukan oleh student. hmm pelik la jugak kan, ramai yg nak kaye tp tanak gerak cam aku. nak katekan X-factor tu tak sampai lagi, dah betahun2 dah, bilenye nak sampai. bukannye tak sampai aku rase. tak penah nak carik. macam2 care nak kaye yg aku da jumpe, cume tak tau nak mula dari mane, dengan ape, bagaimana, bila, siapa dan dimana jua anda berada. bohsan plak dah rase hari2 ngadap mende yg same.

makan, minum, rehat, ngadap komputer, pegang tikus, terkebil-kebil, pening kepale, ngumpat, berak, mandi sume tu aku rase tade mendatangkan duit. ape target korang seblom abis dan sesudah grad nanti???

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits