Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 22, 2006

Ikatan Yang Terputus Masih....

Hari demi hari aku lalui dengan pelbagai perasaan dan kata hati. Namun terikat sesuatu yang aku tak mampu untuk leraikan. Aku ibarat hujan, bila aku diperlukan aku di sebut-sebut, namun bila aku hadir dan cuba untuk bermesra, aku dihina, dihalau malah di caci. Mungkin caraku tidak mesra.

Pertemuan yang dulunya menjadi sesuatu yang menggembirakan tidak lagi gembira. Apakah agaknya yang menjadi dinding antara kita? Namun di mata-mata dunia, akulah pencipta dinding itu. Akulah yang menjadi garis yang membezakan antara kita. Tiada apa yang mampu mengganti diriku untukku persembahkan untuk kita terikat kembali. Jauh disudut hati, aku sedar bahawa tali yang pernah diikat selama ini telah putus kerana yang memegangnya hanyalah kau. Andai di sambung kembali, hanya satu kupinta, benarkanku memegangnya dengan sekuat hati.

Namun aku sedar, tali yang dulu terikat amat sukar bagimu untuk memegangnya kembali mungkin juga tidak lagi akan dipegang olehmu. Aku sendiri pernah berkata, diri kita, kita yang mencorakkannya. Aku lahir bersama dengan "aku" yang lain, namun aku cuma insan biasan bahkan tiada kudrat untuk mengubah segala. Telah kucuba menjauhkan "aku" dari diriku, namun masih tidak kesampaian. Disaat kedinginan malam ini, dan setiap kali kedinginan malam hadir, akanku pintal memori lama menjadi hamparan untukku lenakan mata ini yang pernah kau tatapi dulu...

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits