Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 24, 2007

Ramadhan - Hati Batu | Keras Hati

Assalamualaikum...

Sejak ramadhan ni aku tak buat entry lagi, so kali ni aku nak buat entry yang berkaitan dengan ramadhan dan serba sedikit untuk memuhasabah diri kita bersama-sama. baru-baru ni, lepas sahur aku ade la tengok tv3, ade rancangan motivasi dan agama ape tah, aku pon tengok la. pakar motivasi tu bincang pasal hati batu atau keras hati. persoalannya bagaimana hati manusia bole jadi keras.

Ada tiga aspek yang pakar tu cakap, pertama sekali adalah hati manusia akan menjadi keras sekiranya dia tidak membaca al-Quran, tidak mendengar ceramah berkaitan islam dan sewaktu dengannya. ape pakar tu cube sampaikn adalah, kita ni kalo tak baca al-Quran tak dengar atau tak baca bahan2 ilmiah, hati akan jadi keras. al-Quran mengadungi segala ilmu berkaitan segala aspek. sebab tu pakar-pakar motivasi dia org ni kreatif, sbb dengan membaca al-Quran hati dia org akan tenang, bila tenang dia org bole berfikir dengan baik, sbb tu idea datang bile kita tgh tenang dan fikir baik2. Sebab tu ada di antara kita yang btol2 nak belajar membaca al-Quran, tp di sebabkan malu atau tatau nak luahkan kat sape2, tu yang jiwa memberontak. ade segelintir manusia, dia bole membaca al-Quran dengan bagus, namun dia tak baca tak praktikkan. tak boleh salahkan dia, mungkin die tak dpt lagi hidayah dari Allah. jadi mari kita sama2 ingat-mengingati antara satu sama lain.

Perkara kedua yg mengeraskan hati adalah, banyak makan benda haram. haram kat sini bukan bermaksud makan khinzir ke, minum arak ke. sebagai contoh, kalo sbg pekerja la, pegi punch card pukul 7.50 pg, start keje pukul 8.30. 30 minit die melencong tah mane2, 30 minit tu jugak gaji die dikira. so bila cukup bulan gaji masok, dapat full mcm biasa. 30 min tu konon2 bernilai rm5, kalo sebulan buat cam tu dah brapa. so kat situ jumlah duit tu hasil kita tidak bekerja pada waktu yang sepatutnya. itu yang di katakan haram. lepas kasi anak bini makan. bila tuhan jatuhkan hukuman, tu yang melibatkan anak bini yg tak bersalah. ada satu sentence tu, aku tak bape ingat, bila Allah nak turunkan hukuman kps sesorang dalam satu komuniti tu, Allah akan turunkan ke atas seluruh kominiti tu, so sume akan kena sebab kita tak alert sesama kita. macam tsunami la, orang yang mungkin tak bersalah pon kene sekali dengan hukuman tsunami Allah. sebab tu zakat fitrah sume2 tu di wajibkan sebab untuk menghapuskan dosa2 seperti ini.

Perkara ketiga pulak adalah, hati akan jadi keras bila kita tidak berzikir kepada Allah. banyakkan beristigfar, banyakkan sebutan memuji Allah. nyanyi nyanyi gak kan, tak salah hiburan tp ada batasan, jgn sampai melekakan atau melalaikan kita sampai lupa nak solat, lupe nak beramal kepada Allah. jadi ramadhan ni jom sama-sama kita mendapatkan berkat ramadhan ni. aku ade terdengar satu ilmu yang mengatakan, Allah akan memaafkan dosa hambanya di antara setiapdua waktu solatnya, di antara setiap dua jumaat, dan di antara setiap dua ramadhan. Betapa pemurah dan maha pengampunnya Allah terhadap hambanya. kita je yang tak reti2. same la ngan aku nih kan. sebab tu mari kita bersama-sama mengingati antara satu sama lain. jangan biarkan kemungkaran berlaku di antara kita. selagi kita bole mengingkari segala yang di larang Allah selagi tu kita cuba elak darinya.

Jadi ramadhan ni aku doakan untuk semua muslimin dan muslimat terutama family aku, kawan2 aku especially roza, dar, azrin, rumet2 ku zaki dan am, kawan2 bilik 1006, kawan2 di cyberia itu tidak lupa mak ayah di kampung, tahun ni saya tak dpt balik sebab kene repeat sabjek haha dan start mengarut...oklah yang baik tu datang dari Allah yang buruk tu dari dari aku yg mmg busuk inih.

Thursday, September 06, 2007

Ceriteraku

Asslamualaikum...

Haa lame dah aku tak letak entry baru (lame ke). ekceli byk bebeno aku nak letak, tp tak teletak2 sbb byk bebeno, aku ulang balik ape aku taip...ok2, last 2 weeks ramai2 pegi tgk fireworks kat PICC, btol2 depan PCC kat tiang bendera byk2 tuh, best gile, clear, pokak telingo den, rase cam jatuh kat muke je bak kate My King, Leonidos...muke die je kene, muke kami tak kene pon. yang pegi aku, Dr aizad, Miema, Zaki-ah anas, Paan, jugak My King Leonidas@Linda. best gile, that day kami tgk firework performed by Italy, mak oi lawak gilooo. macam2 bentuk ade, star, love, bintang dan juga ape eh love dlm bahase melayu, erm tape la. pastu next performance we all plan nak bekelah sakan which is the day Jopon performed. tp agak mengecewakan sbb die tak buat firework yg ade tulis sponserd by SONY, kalo ade sure menang la, tp ending die sgt2 WOW!... and that day makan je keje, siang2 tu da siap2 pegi alamkamu bak kate aizad, beli naget, anjing panas or hotdog, pastu air kosong (jimat), kuaci, sumi dan mcm2 lagi la, tp yg bestnye dat day aizad tado hahah, die pegi tgk bunge gunung brapi kat surabaya, pastu ade kawan dia org ni si man, man kidal kot.

makan je keje malam tuh. time nak balik tu ade la plak satu tragedy. dalam nak kemas2 tu tetibe klua suare "slipar aku!!!!" kami cam, eh eh ape dah jadi, hahaha Linda@my king selipar die tah mane2 ilang, berkaki kude la die seblah, haha. cari puunye cari ade bawah tayar kete yg park blakang kita org je. haha tu la linda aku da kate jgn kasi sumi kat budak tu, budak tu sorokkan slipar koh. haha lawak2, pastu seblom balik, kami lepak jap Arif, kat situ macam nak pecah rektum aku gelak. si paan punye hal plak, die pegi order air blended banana ape tah, alih2 dpt minum rase cam kulit pisang je, aku rase dia org salah letak name, shud be Banana Skin Ice Blended, aku rase cam jantung pisang pon ade. pastu plak Linda lagi naik nama, kami dpt candid die pose ala2 ANTM sambil sebut slipar aku!!! waduhhhh mmg bijak dan saksama la zaki snap gambar tu. anugrah brilliant photographer utk Zaki@saiden. sakit perut kami kat sane, mcm perangai, yg si ekin main psp mcm kene histeria. risau psp aku die campak je...

then lepas tu balik terus, adoihh ari tu rase cam nak tecabut bronkiol aku tegelak je keje. and tuka topik, this week aku busy sgt2, this week je mcm2 nak kene buat, edit video, design website, pantun lagi, ha 7-9 ni nanti mmu host TRITUN, pantun tiga penjuru. so datang la ye bagi sokongan, this is the 2nd time aku join, 2 2 kali aku join prektis last minit, babun sungguh. rase di anak tiri jiran seblah mak angkat oleh MMU sendiri. tp takpe la at least ade la SKIT mase nak prepare. marilah sapot aku and team aku nnt yer!!

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits