Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 22, 2007

She's My Everything

Assalamualaikum...

Lebih kurang pukul 9 pm, 20/4/07, akak aku sampai mmu utk amik aku utk accomplish satu mission utk surprisekan mak aku pada keesokannya iaitu 21/4/07 which is beday mak aku. dah cecah 62 tahun mak aku, tak sangka Allah masih memberi peluang pada aku dan mak aku malah family aku utk kami menyedari apa yg sepatutnya. so that night sampai kota kemuning which is rumah akak aku, kami plan buat kek sume, akak aku da siap beli lilin, pisau kek, bahan2 kek, kotak kek siap ngan perkataan "Happy Birthday" yg bakal di cucuk atas kek tu nnt, jimat kos, buat sendiri sume haha. bila sume da setel, pada hari yg dinanti2kan, pukul 5 aku ngan akak aku sekeluarga bertolak ke puchong perdana, rumah kaktam aku plak, venue di sana. so sesampai sana, get ready everything atas meja, and then kakcik aku call angah aku inform yg kami da ready, so bole la surprise mak aku da. why angah aku? mak aku tatau yg jumaat malam tu aku ke rumah kakcik sbb nak buat kek kat sane, kalo tak kantoi sbb mak aku ade rumah kakcik aku time tu. so angah aku dtg seblom aku sampai and bawak pegi umah angah aku. muka mak aku masam je sbb umah angah aku tade astro, pastu plan nak pegi tgk "jgn pandang belakang" that night tak jadi sbb nak buat kek utk hari sabtu nnt kan. so bila kami da ready everything, angah aku sms kasi tau yg dia org dah nak sampai, lg 5 mnt je sampai. then kita org kat dalam rumah kaktam aku tutup kipas sume sbb lilin da nyala, kek bawah kipas syiling asik padam je, so kene off kejap, semantara tunggu mak aku sampai and bukak pintu, kami dalam rumah sume basah ketiak ni ha nunggu tak sampai2 sbb umah akak aku 1st floor, mak aku tu pon jalan pelan2 je huhu. bila dia masok je, kita org jerit "surprise!!!! happy birthday mak!!!" macam dalam casa impian tu ha. huhu that was a great time. aku agak terharu dan sebak sbb masih lagi ada kesempatan utk mak aku menyambut hari jadi beliau bersama anak2nya, itu semua perancangan Allah, syukur sangat2 pada Dia.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
time nih semua org tak sabar2 tunggu mak aku sampai, dgr org ketok je, anak buah aku pegi bukak pintu, die igt da sampai, rupe2nye jiran, malu je die haha.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
ni gambar mak aku tgh tiup lilin, aisehh anak buah aku langgar aku time nak snap terus blur isk budak2 nih(alasan)
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
ini la hasil kek buatan sendiri, tade bakat dalam bakery, tp utk mak aku je, dan jimat sekali gus. beliau tak makan pon kek, budak2 je makan. dalamnya double cokelat moist, luar tu topping beli kat kedai pastu aku lecek2kan la atas tu pastu tgh2 tu blueberry, cam tak kene flavour tp bedal aje.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
ni salah satu hadiah yg aku kasi kat beliau. gelang kristal,juga aku kasi beliau henbeg, mak aku suke wat koleksyen, pastu kasut sepasang. berseri muka mak aku, gembira mak aku, gembiralah aku jugak.

Semoga Allah sentiase menenangkan hati dan jiwa mak aku, murahkan rezeki beliau, panjangkan umur beliau sbb beliau pernah ckp sesuatu kat aku dan ianya btol2 menyentuh perasaan aku. aku mohon pada Allah panjangkan umur mak aku.

Wassalam.

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits