Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 29, 2005

Legendary Mariammah Tijo

Assalamualaikum semua....
Pada suatu hari, pada pukol 6.30 pagi, aku bersiap2 untuk ke Sekolah Rendah Kebangsaan Palong 1 (F). dalam kekecohan bersiap, berselang seli dengan pekikan mak aku membebel suruh aku cepat bersiap, kami sekeluarga di hiburkan oleh radio yang di buka oleh tangan mereka yang menggemari Radio RTM (Nad).

Suara Deejay yang sentiasa akan menghiburkan kami sekeluarga di kala melakukan aktiviti2 harian kami setiap pagi, pada ketika itu tidak siapa pon peduli siapakan mereka yang selama ini menghiburkan seluruh negara tidak kira pagi, siang atau malam. oleh itu, aku disini ingin membuat satu "Pendedahan Eksklusif" yang akan memaparkan wajah sebenar deejay yang dahulunya menghiburkan keluarga aku di kala bersiap pada pagi2 untuk ke sekolah, dan caption yang menjadi lagenda pada mereka yang kini dahulunya pernah mendengar suara beliau "berita di sampaikan oleh Mariammah Tijo"... memperkenalkan Mariammah Tijo!!!!

NAMA


MARIAMAH TIJO
TARIKH LAHIR


19 Julai 1950
KEGEMARAN


Menghias, Melancong
TARIKH MENYERTAI RTM


Mei 1972
TARIKH MENYERTAI RADIO1


Sejak Wujud Radio1

RANCANGAN KELOLAAN DI RADIO1


Sebutlah Yang Betul, Nada Gurindam
EMEL



YANG SUKA


Menggembirakan Hati Orang Lain
YANG DIBENCI


Mendengar Orang Memburukkan Orang Lain
KATA-KATA BESTARI / HIKMAH


Wajah Gambaran Hati Oleh Itu Sama-Samalah Menjaganya

Tanpa otak siapalah aku

10 TABIAT YANG AKAN MELEMAHKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘ Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sama2 kita jage otak untuk wawasan 2020 dan majulah otak demi negara!!!!sokong!!!Allahuakbar!!!


Pusrawi dan shalin tidak bole di pisahkan

Assalamualaikum...setelah berconference untuk kali kedua untuk MPS2013 sampai kol 5 pagi lebih, dengan harapan yang meninggi, ingatkan kua la soalan yang di bincang2, malangya, lebih kurang 10% jek yang kua dari apa yang kita orang diskass, kalo aku dah siap bace semua notes, tade jadi masalah walaupon 10% jek yg kua, tp aku di sebaliknya huwaaaaaa :((, ntah la tatau la ape akan jadi... ade pepatah LESS IS MORE, kalo dalam study LESS IS REPEAT!!!....takottt!!!

kol 2.30 aku siap2 pegi LR1(R1027), sampai2 jumpa cik Rina, tutor MCI aku, dia sengeh2 aku pon sengeh2 siap tabik2 lagik hebat tak?!... pastu aku masok, tgk2 question sume cam ampas gas...aku jawab jek la...norman kate tade MCQ alih2 aku cek ade, kambeng nyes...bukan tak suke ade MCQ tp, alaa ape2 pon salahkan diri sendiri, ade ke tade ke study je la byk songeh.

pastu lepas2 balik wat exam itu, pegi la lunch kat hb4, abis2 makan anarol call naju, ajak pegi melawat shalin kat spital (PUSRAWI, PUSat RAwatan Islam), tekejut lambda aku, asal la plak shalin kat spital. rupa2 shalin telinga die ada masalah skit cam ketumbuhan ke bisol ke ape ke aku pon tak berapa pasti. nak pegi cari spital tu sesat masat mane2 pegi, tapi dengan kehebatan naju, jumpa gak akhirnyaa. mase nak amik anarol dan izarah, si fad cakap yang kecik2 dok blakang supaya jimat space sebab 6 org ni sume dalam sebijik kenari eh seekor eh mane satu tah. sib baik antara2 sume yg ada paling kecik aku, so aku di arahkan dok depan la sebab aku dok mane2 pon tade beza kan? sebab kecik sgt(fuuh sib baik aku kurus).

sampai2 sana shalin tgh di lawat oleh family2 dia, mak dia, akak dia (kot), ibu dia, sampai2 sane ape lagi, memule takot gak nak mengorak langkah nak berbual takot2 shalin tu tegelak, die kuat gelak kang sakit plak telinga gelak. rupa2 bole aje. habis die kene gelak ahha...anyway aku doakan shalin cepat sembuh, bole teruskan aktiviti2 harian....

Denggi di tahap kritikal -- 27,569 kes dicatat di seluruh negara sehingga 24 September


PUTRAJAYA 27 Sept. - Kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengisytiharkan kes demam denggi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor berada pada tahap kritikal.Sehingga Sabtu lalu sebanyak 27,569 kes demam itu dicatatkan di seluruh negara berbanding 21,786 kes dalam tempoh sama tahun lepas.... berita selanjutnya http://www.utusan.com.my/ ....di sampaikan oleh mariah tijo...


waaahahahahahah mariamah tijo yang menjadi lagenda menghiburkan aku di kala aku ke skola pagi2 suatu masa dulu, akhirnya aku dapat tgk muka dia ahhaha igt dah tua sgt, tade la tua mana pon... credit to Amril x rumet aku, dia yang sungguh2 cari tuh, hahaha siap mssg2 aku "isss iss isss" pastu paste link ni dia http://images.google.com.my/images?q=mariamah+tijo&hl=en&btnG=Search+Images hahaha hebat tak dia...musti la dia kan x rumet aku kan...musti la hebat...sapa2 ja ade kene mengena ngan aku musti hebat cam aku....ok lah aku nak mandi ni penat...assalamualaikum..



Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits