Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 11, 2006

Nicole Kidman vs Marcia Cros

Tadi aku baru tengok movie Stephford Wives di sponser oleh Bard Binsimmone, dalam movie ni, muke heroinnye aku sangat familiar, so aku pun dok fikir and fikir, lama2 baru ingat yang die nih pelakon Desperate Housewives. So aku pun layan movie ni sampai abis, bila dah abis movie ni aku baca la credit movie, alih2 aku tengok nama heroinnye Nicole Kidman, dan sepantas kilat aku teringat series Desperate Housewives. Aku jadi fongkius(confuse) (word rekaan Bard Binsimmone utk Spring akan dtg) , pastu tanye Naju dalam series Desperate Housewives tu Nicole Kidman ke? Die pon blurry eyes, then aku melayari internet, pelakon dalam series Desperate Housewives tu, adalah Marcia Cros. Adoi aku fongkius slame ni. Mase tengok Desperate Housewives pon aku cam familiar pompuan bermuka and bernama Marcia Cros nih, so aku fikir die nih Nicole Kidman la kan. Die tade la same sejibik, tapi aku terfongkius skit je hehehe. Cube korang tengok gamba bawah ni yang mana aku buat pas di landa ribut La Fongkius, dua orang makhluk ni ada persamaan.

Kekompiusanism

Persamaan dua makhluk ni adalah seperti berikut:

  • Cheek bone yang sama
  • Dagu tajam sama
  • Mulut yang lebar dan bibir yg nipis
  • Mata hijo same dan kebetulan style rambut pun sama
  • Shape of my heart, eh shape muka sama
  • Rambut of coz dalam gambar ni
  • Bulu kening dan hidong
  • Last but not least, both movie ini ade word "Wives" hehe
Ianya hanyalah pendapat aku je, hehehehe...

Tuesday, May 09, 2006

Gamba Hadiah

Hehe, aku baru reti cane nak upload gamba dengan jayanya. so ini kali pertama try nih sib baik jadik. credit to Naju sebab aja aku. so nikmatilah gamba-gamba di bawah, boleh rollover ade captions.

THANKS yg teramat-amat kpd mereka yg datang memeriahkan hari jadi aku. Hadiah memang menarik gile. dapat kekura mata stim, member2 aku kate cam mata aku gak, ye ke? dan cawan HIJAUUUUU oleh Bard Binsimmone dan card beday dari Epan yang die tulis mase park keta kat Alavanda seblom sampai Secret Recipe. cis hahaa.
 Kek Walnut Slurpp!!!
hheheh inilah kek ketiga dalam hidup aku, kek kedua dari Naju. Kawan Baru AkuKura-kura ni dah ramai kawan2 aku yg nampak kate rupa aku serupa ngan kura2 nih, huhuhu tidak!!!
Pakai Evening GaunHaaa ni kawan baru aku name die Hey Raju, meriah tak ekor die? (tade kene mengene ngan beday aku heehe)
Cawan Hijau Ok!!!Cawan kaler ijau haha oh tidak aku suke sangat cawan ni...Bard Binsommone cam tau2 je aku mmg nak cari cawan . heheheh

Tue ke Mude?

Assalamualaikum...
Silih berganti siang dan malam, aku rupa2nye da 22 tahun. tepat pada 8.5.2006 pukul 5.33 pagi, umur aku dah bertambah lagi satu. tapi muka aku still muda la kan. anyway thanks kepada mereka yang telah wish aku, kasi hadiah kat aku sume, aku jugak doakan anda semua semoga panjang umur dan murah rezeki. anyway, malam tadi aku di surprisekan oleh Naju di Secret Recipe Alavanda. aku ade tanya die, malam ni nanti just two of us atau tak. Dia jawab, yep just two of us. so aku ekceli takde la saspek akan ade orang datang since dah dia kata cam tu. tetapi sixth sense aku bagi tau yg ada orang lain akan join same. terkantoi la plak mase masok dalam Secret Recipe, masa naju tunjukkan surat reserved, akak tu cakap "oh yg untuk 10 orang tu ek?". aku pun buat2 tak dengar la kan.

Pastu aku mengekori naju ke satu tempat duduk, aku tgk kami duduk di tempat yang bole di muati oleh ramai penduduk. so btol la sangkaan aku. aku ngan naju sampai dulu, akak tu pun keluarkan kek yg bersiap lilin terbakar atasnya mewakili umurku yang baru 22 tahun huhu, "baru" ok. lepas tu aku pun tertanya2 siapa lagi yg akan hadir menikmati kek ni bersama kami. naju pun melistdownkan sape yang akan muncul tidak lama lagi (lama sebenarnya). pasangan pertama sampai adalah Dar dan Ayin dgn penampilan Scottishnya. mereke dengan gedik duduk join kami together-gether. lepas tu Bard Binsimmone muncul dari celah tiang Secret Recepi di iringi Erpan the UK. aku punya la seronok dia orang ni datang. lepas tu pasangan Azarul ngan Inarah a.k.a Inari. aku dapat hadiah dari Naju iaitu seekor kura-kura mata stim!!!!!!!! manakala dari Bard adalah sebentuk Cawan HIJAU!!!!!! ok!!!!!! Erpan kasi card yg mana die baru tulis kat parking lot Alavanda!!!!! hahaha sronok la bangat!!!

Lepas itu, kami melantak kek yg sangat sedap dan menjadi besar setelah makan, tak tau asal jadi cam tu. tp yang penting kami enjoyy!!!(puteri tv3). okeh itu saja buat kali ini, semoga bertemu lagi diwaktu yang sama dan hari yang sama, majulah perut untuk hari jadi!!!

Saturday, May 06, 2006

Life is Very Easy

Dimana letaknya harga diri kita sbg seorang manusia? lately byk perkara yg berlaku dalam hidup aku juga kawan2 aku. kadang2 tak semua org mampu menghadapi prob masing2. sebab tu perlukan org lain such as family, kawan ke sape2 je. dulu aku slalu fikir life is not easy, but selepas aku fikir2 dan aku byk bertanya org yg lebih berpengalaman, life is very easy, kita yg buatkan life itu is not easy. setiap org ada masalah die sendiri, ada sejarah sendiri ada cara sendiri, but tak semua yg sendiri tu mampu membantu kita dalam menjalani hidup ni btol tak?

Aku sendiri ada prob. mmg aku ni happy go lucky orgnye, btol ke?. aku gak org yg byk ckp, kadang2 sampai tak sedar terckp perkara2 yg tak sepatut, terckp sesuatu sampai buat org lain terasa. sebenarnye tade niat nak ckp cam tu. harap korang sume paham. pastu sibuk nak tolong org, motivate org sume, bz pasal kesalahan org lain, itulah org melayu kata semut di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

I wish i could have a son yg sangat membanggakan suatu hari nanti. aku nak die jadi org warak dan sgt berguna, bijak, ada kerja yg bagus, kaya, dan macam2 perkara yg baik ada kat dia. aku nak dia ada sifat2 yg baik yg ada pada kawan2 aku dan ofcoz aku la, cam Rozanizam Zakaria, Muhamad Darmawan Azran, Syed Hafiz Syed ape tah dan of coz Siti Nadjwa Muhammad Shukri, dan aku nak die ada sifat2 terpuji seperti Nabi Muhammad S.A.W. tidak lah aku mintak dia perfect, coz nobody perfect atas dunia ni kan. aku nak ajar kasi die semangat yg mana seperti semangat yg mak aku ada. satu perkara penting aku nak die bangga dgn ayah die which is aku. but, adakah die akan bangga dgn ayah die suatu hari nanti...?

Apa pendapat korang dalam menjalani kehidupan ni sebagai seorang manusia yg benar2 manusia. separuh manusia yg ada kat dunia memilih macam2 cara utk menikmati kehidupan. tp ape2hal pun tepuk dada tanya selera....

Thursday, May 04, 2006

ISS is no more ISS

Yuhuu, lame sgt dah aku tak buat entry. cam tade idea nak buat entry ape. sehinggalah hari ni, aku terase nak buat entry baru. since this new year 2006, macam2 yg dah terjadi. baik, buruk gumbira, tak gumbira sume ade. alahai... tatau ape nak taip nih huhu. but lately, aku slalu hang out ngan bard atau di kenali sbg toccara haha, jgn mara bard :) . well, we all together-gether pegi mines la, and now aku ade spot baru utk lepak2. we call it MACIK. best tempat tu, sangat santai dan quite selesa.

lately 2 hari beturut2 pegi macik. macik tu pun dah kenal dah kami. die punye magi goreng sedap. ermm, tp tu lah sane cam tade payung atau atap sangat, so cam berembun dara kalo pegi macik malam2. anyway tak kisah pun, sebab actaully deep into my heart aku ke sane utk release tension. people maybe couldn't see my tension. but nowadays aku dpt rasakan apa itu erti hidup yg sebenar. since aku dah jumpa "Miss J", byk perkara yg aku pelajari dan lepaskan dari penjara dalam badan aku ni, hebatkan aku nih, ada penjara lagi. tp mmg btol kata org, kalo kita simpan everything, tade sape akan tau, sebab kita sendiri tanak kasi tau, lama2 bole jadi gile, ape aku mengarut. fitrah manusia, kene hidup dalam komuniti. tak bole hidup sorang. nak hidup sorang pegi dalam gua ke hutan ker, tu pun kalo menatang kat sane bole terime. sebab binatang pun hidup berkomuniti.

Well tu je kot utk entry kali ni, maybe aku akan buat entry baru nanti, perhaps pasal latest activity aku. aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Miss J sebab banyak tolong aku lately dalam mengenal sapa diri aku yg sebenar. but tak lupa kepada kawan aku Gedik, die jugak byk tlg aku gone through all the tests in my journey of life. And this last thanks is for the ONE yang aku tak bole lupa. Untuk the ONE, i will always think of you, its like breathing, we cant be separated accpet Allah's willing. dan aku nak ucapkan terime kasih kat sume yg pernah libatkan diri dalam pentas lakonan dunia aku ni, terutama rozanizam zakaria yg study medic kat australia, dan semua yg kenal aku. "tah btol tah tidak english aku lantak la yek. asalkan korang paham. huhu..."

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits