Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 06, 2007

TIPS utk kejutkan orang bangun sahur

Credited to Al dari frendster...

KALAU nak kejutkan org bangun tidur
esp sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang ana k jari kiri/k ana n
sambil tu panggil nama dia perlahan
lahan..<>2. sentuh bahu org tidur tu..dan
goyangkan perlahan lahan..sambil
pan ggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil
pang gil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi
dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


TAPI kalau still tak effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu
toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air
rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr
tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit
gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin
masak tempoyak yg baru dibeli sebelah
hidung dia..bg ambik bau sikit

TAPI kalau still tak effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut
maa rabbuka! sambil seru nama dia byk
kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa
sin! hehehehehe

TA PI kalau still tak effect gak...ni
je la cara terakhir...

P anggil je orang masjid/surau untuk
uruskan...k erana tuhan lebih
menyayangin ya.

Monday, September 24, 2007

Ramadhan - Hati Batu | Keras Hati

Assalamualaikum...

Sejak ramadhan ni aku tak buat entry lagi, so kali ni aku nak buat entry yang berkaitan dengan ramadhan dan serba sedikit untuk memuhasabah diri kita bersama-sama. baru-baru ni, lepas sahur aku ade la tengok tv3, ade rancangan motivasi dan agama ape tah, aku pon tengok la. pakar motivasi tu bincang pasal hati batu atau keras hati. persoalannya bagaimana hati manusia bole jadi keras.

Ada tiga aspek yang pakar tu cakap, pertama sekali adalah hati manusia akan menjadi keras sekiranya dia tidak membaca al-Quran, tidak mendengar ceramah berkaitan islam dan sewaktu dengannya. ape pakar tu cube sampaikn adalah, kita ni kalo tak baca al-Quran tak dengar atau tak baca bahan2 ilmiah, hati akan jadi keras. al-Quran mengadungi segala ilmu berkaitan segala aspek. sebab tu pakar-pakar motivasi dia org ni kreatif, sbb dengan membaca al-Quran hati dia org akan tenang, bila tenang dia org bole berfikir dengan baik, sbb tu idea datang bile kita tgh tenang dan fikir baik2. Sebab tu ada di antara kita yang btol2 nak belajar membaca al-Quran, tp di sebabkan malu atau tatau nak luahkan kat sape2, tu yang jiwa memberontak. ade segelintir manusia, dia bole membaca al-Quran dengan bagus, namun dia tak baca tak praktikkan. tak boleh salahkan dia, mungkin die tak dpt lagi hidayah dari Allah. jadi mari kita sama2 ingat-mengingati antara satu sama lain.

Perkara kedua yg mengeraskan hati adalah, banyak makan benda haram. haram kat sini bukan bermaksud makan khinzir ke, minum arak ke. sebagai contoh, kalo sbg pekerja la, pegi punch card pukul 7.50 pg, start keje pukul 8.30. 30 minit die melencong tah mane2, 30 minit tu jugak gaji die dikira. so bila cukup bulan gaji masok, dapat full mcm biasa. 30 min tu konon2 bernilai rm5, kalo sebulan buat cam tu dah brapa. so kat situ jumlah duit tu hasil kita tidak bekerja pada waktu yang sepatutnya. itu yang di katakan haram. lepas kasi anak bini makan. bila tuhan jatuhkan hukuman, tu yang melibatkan anak bini yg tak bersalah. ada satu sentence tu, aku tak bape ingat, bila Allah nak turunkan hukuman kps sesorang dalam satu komuniti tu, Allah akan turunkan ke atas seluruh kominiti tu, so sume akan kena sebab kita tak alert sesama kita. macam tsunami la, orang yang mungkin tak bersalah pon kene sekali dengan hukuman tsunami Allah. sebab tu zakat fitrah sume2 tu di wajibkan sebab untuk menghapuskan dosa2 seperti ini.

Perkara ketiga pulak adalah, hati akan jadi keras bila kita tidak berzikir kepada Allah. banyakkan beristigfar, banyakkan sebutan memuji Allah. nyanyi nyanyi gak kan, tak salah hiburan tp ada batasan, jgn sampai melekakan atau melalaikan kita sampai lupa nak solat, lupe nak beramal kepada Allah. jadi ramadhan ni jom sama-sama kita mendapatkan berkat ramadhan ni. aku ade terdengar satu ilmu yang mengatakan, Allah akan memaafkan dosa hambanya di antara setiapdua waktu solatnya, di antara setiap dua jumaat, dan di antara setiap dua ramadhan. Betapa pemurah dan maha pengampunnya Allah terhadap hambanya. kita je yang tak reti2. same la ngan aku nih kan. sebab tu mari kita bersama-sama mengingati antara satu sama lain. jangan biarkan kemungkaran berlaku di antara kita. selagi kita bole mengingkari segala yang di larang Allah selagi tu kita cuba elak darinya.

Jadi ramadhan ni aku doakan untuk semua muslimin dan muslimat terutama family aku, kawan2 aku especially roza, dar, azrin, rumet2 ku zaki dan am, kawan2 bilik 1006, kawan2 di cyberia itu tidak lupa mak ayah di kampung, tahun ni saya tak dpt balik sebab kene repeat sabjek haha dan start mengarut...oklah yang baik tu datang dari Allah yang buruk tu dari dari aku yg mmg busuk inih.

Thursday, September 06, 2007

Ceriteraku

Asslamualaikum...

Haa lame dah aku tak letak entry baru (lame ke). ekceli byk bebeno aku nak letak, tp tak teletak2 sbb byk bebeno, aku ulang balik ape aku taip...ok2, last 2 weeks ramai2 pegi tgk fireworks kat PICC, btol2 depan PCC kat tiang bendera byk2 tuh, best gile, clear, pokak telingo den, rase cam jatuh kat muke je bak kate My King, Leonidos...muke die je kene, muke kami tak kene pon. yang pegi aku, Dr aizad, Miema, Zaki-ah anas, Paan, jugak My King Leonidas@Linda. best gile, that day kami tgk firework performed by Italy, mak oi lawak gilooo. macam2 bentuk ade, star, love, bintang dan juga ape eh love dlm bahase melayu, erm tape la. pastu next performance we all plan nak bekelah sakan which is the day Jopon performed. tp agak mengecewakan sbb die tak buat firework yg ade tulis sponserd by SONY, kalo ade sure menang la, tp ending die sgt2 WOW!... and that day makan je keje, siang2 tu da siap2 pegi alamkamu bak kate aizad, beli naget, anjing panas or hotdog, pastu air kosong (jimat), kuaci, sumi dan mcm2 lagi la, tp yg bestnye dat day aizad tado hahah, die pegi tgk bunge gunung brapi kat surabaya, pastu ade kawan dia org ni si man, man kidal kot.

makan je keje malam tuh. time nak balik tu ade la plak satu tragedy. dalam nak kemas2 tu tetibe klua suare "slipar aku!!!!" kami cam, eh eh ape dah jadi, hahaha Linda@my king selipar die tah mane2 ilang, berkaki kude la die seblah, haha. cari puunye cari ade bawah tayar kete yg park blakang kita org je. haha tu la linda aku da kate jgn kasi sumi kat budak tu, budak tu sorokkan slipar koh. haha lawak2, pastu seblom balik, kami lepak jap Arif, kat situ macam nak pecah rektum aku gelak. si paan punye hal plak, die pegi order air blended banana ape tah, alih2 dpt minum rase cam kulit pisang je, aku rase dia org salah letak name, shud be Banana Skin Ice Blended, aku rase cam jantung pisang pon ade. pastu plak Linda lagi naik nama, kami dpt candid die pose ala2 ANTM sambil sebut slipar aku!!! waduhhhh mmg bijak dan saksama la zaki snap gambar tu. anugrah brilliant photographer utk Zaki@saiden. sakit perut kami kat sane, mcm perangai, yg si ekin main psp mcm kene histeria. risau psp aku die campak je...

then lepas tu balik terus, adoihh ari tu rase cam nak tecabut bronkiol aku tegelak je keje. and tuka topik, this week aku busy sgt2, this week je mcm2 nak kene buat, edit video, design website, pantun lagi, ha 7-9 ni nanti mmu host TRITUN, pantun tiga penjuru. so datang la ye bagi sokongan, this is the 2nd time aku join, 2 2 kali aku join prektis last minit, babun sungguh. rase di anak tiri jiran seblah mak angkat oleh MMU sendiri. tp takpe la at least ade la SKIT mase nak prepare. marilah sapot aku and team aku nnt yer!!

Thursday, August 30, 2007

Betul Ke Ape Yang Aku Buat Ni??

Assalamualaikum...

23 tahun dah aku hidup, dah nak dekat suku abad (dah tua, tp tak setua syah). macam-macam jenis manusia yang aku kenal, so bila dah macam2 manusia tu macam2 perangai la kan. mungkin itu yg di katakan belajarlah kita sampai ke negara china. tayah la pegi china baru di kira belajar, dari percaturan kehidupan kita pun boleh blaja. especially dari kawan2 sekeliling kita, bile kita dah kawan ngan dia orang ni, kita sendiri akan dapat mengenali dia orang ni, ade yang grade A, B, C so pandai2 lah kita, nak yang bagos amik la grade A tu haa kan... macam nak pilih telor plak kan. anyway kita sendiri perlu tahu apa yang kita bole ambil sebagai tauladan dan sebagai sempadan.

well nowadays, manusia prefer hidup cara "hal ko lantak ko, hal aku lantak aku, tayah sibok2". memang kadang2 cara macam nih comes in handy bila ia diperlukan, but islam tak mengajar macam tu. ini yang menjadi masalah manusia zaman skarang. sebagai contoh, member ada buat salah, kita tak patut diam je, kita perlu ingatkan dia, tambahan kawan2 sekeliling kita, but depends jugak jenis nye, rambut sama hitam, hati lain-lain. jadi ada approach untuk setiap manusia tu. tapi kalau kita ikot cara hal ko lantak ko tadi tu, cube bayangkan, kawan kita sendiri ada buat salah, mata kita ni jd saksi, memang skarang kita tak rase akibatnya, tapi nanti kat sana kita kene jawab jugak nanti. jom kita fikir jauh skit, bunyiknye agak lawak tapi ni sume possible akan jadi, nnt kang ade lak yang piki iss ni pahal sampai anak2 lak ni kah haha, tp its possible, cube bayangkan suati hari ni anak-anak kita blaja kat U, kita kat rumah risaukan die stadi macam mane bagai, tp what is he/she exactly doing kita taktau, sebab apa? tak sume jadi macam ni, tp mereka yg jadi cam ni ape patut di buat. kita sbg parents kat umah inginkan yang terbaik kat anak tp kita tak mampu nak guard 24/7 anak2 ni. jadi di situ gunanya kawan2, kita sendiri sbg anak kene pandai cari kawan, bukannye tak bole kawan sesuka hati, nak kawan ngan sape2 je sukati la, tp kite kene jadi FINAS, kene tapis mane yg elok mana yg tak. set kat hotak kita ni, what is exactly kita buat kat kat sini, especially aku la kat MMU ni. maybe separuh orang akan pikir, alaa kita ni muda lagi, nnt da keje da kawen taleh dah nak enjoy2. what is exaclty ENJOY in our context. nak enjoy, sile la enjoy lantak la korang nak enjoy, tp what kind of enjoy yang kita BOLEH dan TAK BOLEH nikmati.

Jadi fikirkan lah, belum terlambat untuk kembali kepada jalan yang sebetulnya di mana islam dah sediakan untuk kita. aku tatau la what is the real sentence, tp aku penah dengar roza, kawan aku ckp, dan tak silap aku ayat ni meaning ayat seribu dinar "Sesiapa yang beriman dan betakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tak disangka2 dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya, sesungguhnya Allah melaksanakan usrusan yang dikehandakinya SESUNGGUNYA ALLAH TELAH MENGADAKAN KETENTUAN BAGI SETIAP SESUATU" dari ayat ni nyata lagi terang maksud dia, jadi kita2 yang tgh dok baca ayat ni silalah pikir masak2 ape maksud ayat ni yang sebenar. ada lagi satu ayat tu, aku tak sure sangat la, Allah takkan ubah sesuatu kaum ke manusia tah, kalau kaum itu sendiri atau manusia itu sendiri tanak berubah. maksudnye lebih kurang cam ni la, kalo kita sendiri tak ade niat nak berubah ke arah yang lebih baik, macam mana Allah nak tolong kita, sebab the most important step is the 1st step. kita sendiri kene buat 1st move tu kalo tak tade sape akan gerakkan utk kita, dan ianya lebih berkesan dan bermakna kalo kita sendiri yang memulakannya.

kita ni perlu ada pedoman untuk berjalan atas bumi ni. memang susah untuk kita memperbaiki atau mengubah habit atau perangai atau apa2 yg menjadi kebiasaan pada sedangkan Allah melarang kita dari berbuat sedemikian. tapi fikirlah kita di lahirkan kat dunia ni sbg pinjaman je. tak lama pon, nnt kene pulangkan balik sume kat Allah. seperti aku cakap tadi memang susah nak ubah, tapi bukannye TAK BOLEH cuma SUSAH je. Jadi mari kita sama2 ke arah yang lebih baik, tak rugi kita ikot apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang, sebab sebaik-baik perancang adalah Allah. Dia dah tau apa yang akan jadi kat kita, sebab tu islam menggariskan apa yang BOLEH dan apa yang TAK BOLEH dalam hidup kita ni.

Jadi kepada mereka yang INGIN, ADA NIAT, TERPIKIR, TERASA, TERSENTAK ape2 la yg TER untuk berubah tu mari la sama-sama kita bergerak ke arah yang lebih baik. takde sapa yang akan dapat keuntungannya nnt melainkan diri kita sendiri. fikirlah masa depan, apa akan jadi kat kita pada masa akan datang, kat isteri kalo lelaki, kat suami kalo isteri, kat anak kalau parents, ingat ya bak kata Raihan dalam lagu iman mutiara, IMAN tidak di warisi, tadek kat tepi pantai ape la sume kan. jadi take your time untuk muhasabah diri kita sama-sama. aku sentiasa ada disini, disebelah, di kanan kiri ke depan ke atas ke mane2 la untuk bersama-sama membantu, cuma satu peringatan aku terhadap aku sendiri jugak kawan2 semua, "sediakanlah ruang dalam diri kita untuk kita di bantu oleh orang lain" Yang baik datang dari Allah dan yang buruk huduh bengong tu sume datang dari aku sendiri.

Wassalam.

Saturday, August 25, 2007

Zina

Assalamulaikum...

Tanpa kita sedar, sebenarnya hari-hari kita ni ada berlakunya zina tanpa kita sedari even diri aku sendiri. Zina pada sesetengah orang mereka mungkin fikir zina ini adalah antara wanita dan lelaki. tapi dalam islam macam-macam cara zina boleh berlaku. "Bersabda Rasulullah SAW: Zina dua mata itu adalah melihat" Disini maksudnya: Melihat yang termasuk zina adalah melihat sesuatu yang tidak di halalkan untuk melihat.

Jadi dari situ kita bole menilai mana satu yang bole di lihat dan tidak boleh di lihat, namun kadang-kadang kita tak minta tapi itu adalah ujian dari Allah, jadi pandai-pandailah untuk kita menjaga dan membantu antara satu sama lain untuk mengelakkan terpesongnya iman kita ini. Memang susah untuk kita buat sesuatu tu dalam masa yang singkat, jadi mari kita buat perlahan-lahan bersama-sama.

"Besabda Rasulullah SAW: Melihat orang perempuan asing (bukan mahramnya) itu adalah termasuk dosa besar" Disini pula maksudnya: Melihat orang perempuan yang bukan mahramnya itu termasuk dosa besar apabila melihatnya itu disertai perasaan syahwat sehinggakan terdorong untuk berbuat sesuatu yang di larang Allah"

Zina yang di maksudkan boleh berlaku dengan berbagai cara adalah, "Bersabda Rasulullah SAW: Zinanya kaki itu adalah berjalan (menuju ke tempat maksiat), zinanya dua tangan itu adalah menampar (padahal tidak ada hak untuk menampar) dan zinanya dua mata itu adalah melihat (kepada barang yang diharamkan untuk dilihat)

Kadang-kadang bila kita terbaca ilmu-ilmu macam ni insaflah kejap. bagus insaf tu tapi panjangkan insaf tu sebab insaf tu lah nanti yang akan kita tercari-cari, tertunggu-tunggu bila tiba waktunya. Jadi bila terdetik kat hati untuk takutkan Allah SWT, teruskan rasa tu bekalkan rasa itu dengan kesungguhan hati dan ilmu yang sepatutnya.

Zina ni meluas maksudnya, zina juga sangat-sangat mudah berlaku malah hanya dengan mata, kaki, tangan mahupun apa jua. "Bersabda Rasulullah SAW: Berzina sekali dapat melebur amal selama TUJUH PULUH TAHUN" Ya Rabbi, aku hidup pun baru 23 tahun huhu, negative jadinya dah haa. Jadi marilah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain, dan letakkan satu ruang dan kebenaran untuk diri kita sendiri supaya kawan-kawan mahupun siapa-siapa saja bole mengisi ruang itu untuk membantu kita dengan kebenaran yang kita sediakan.

p/s: Jangan duduk sorang-sorang melainkan ada tujuan yang baik atau nak beribadah sebab bila kita keseorangan macam-macam boleh jadi termasuklah ZINA.

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits