Assalamualaikum...
Sejak ramadhan ni aku tak buat entry lagi, so kali ni aku nak buat entry yang berkaitan dengan ramadhan dan serba sedikit untuk memuhasabah diri kita bersama-sama. baru-baru ni, lepas sahur aku ade la tengok tv3, ade rancangan motivasi dan agama ape tah, aku pon tengok la. pakar motivasi tu bincang pasal hati batu atau keras hati. persoalannya bagaimana hati manusia bole jadi keras.
Ada tiga aspek yang pakar tu cakap, pertama sekali adalah hati manusia akan menjadi keras sekiranya dia tidak membaca al-Quran, tidak mendengar ceramah berkaitan islam dan sewaktu dengannya. ape pakar tu cube sampaikn adalah, kita ni kalo tak baca al-Quran tak dengar atau tak baca bahan2 ilmiah, hati akan jadi keras. al-Quran mengadungi segala ilmu berkaitan segala aspek. sebab tu pakar-pakar motivasi dia org ni kreatif, sbb dengan membaca al-Quran hati dia org akan tenang, bila tenang dia org bole berfikir dengan baik, sbb tu idea datang bile kita tgh tenang dan fikir baik2. Sebab tu ada di antara kita yang btol2 nak belajar membaca al-Quran, tp di sebabkan malu atau tatau nak luahkan kat sape2, tu yang jiwa memberontak. ade segelintir manusia, dia bole membaca al-Quran dengan bagus, namun dia tak baca tak praktikkan. tak boleh salahkan dia, mungkin die tak dpt lagi hidayah dari Allah. jadi mari kita sama2 ingat-mengingati antara satu sama lain.
Perkara kedua yg mengeraskan hati adalah, banyak makan benda haram. haram kat sini bukan bermaksud makan khinzir ke, minum arak ke. sebagai contoh, kalo sbg pekerja la, pegi punch card pukul 7.50 pg, start keje pukul 8.30. 30 minit die melencong tah mane2, 30 minit tu jugak gaji die dikira. so bila cukup bulan gaji masok, dapat full mcm biasa. 30 min tu konon2 bernilai rm5, kalo sebulan buat cam tu dah brapa. so kat situ jumlah duit tu hasil kita tidak bekerja pada waktu yang sepatutnya. itu yang di katakan haram. lepas kasi anak bini makan. bila tuhan jatuhkan hukuman, tu yang melibatkan anak bini yg tak bersalah. ada satu sentence tu, aku tak bape ingat, bila Allah nak turunkan hukuman kps sesorang dalam satu komuniti tu, Allah akan turunkan ke atas seluruh kominiti tu, so sume akan kena sebab kita tak alert sesama kita. macam tsunami la, orang yang mungkin tak bersalah pon kene sekali dengan hukuman tsunami Allah. sebab tu zakat fitrah sume2 tu di wajibkan sebab untuk menghapuskan dosa2 seperti ini.
Perkara ketiga pulak adalah, hati akan jadi keras bila kita tidak berzikir kepada Allah. banyakkan beristigfar, banyakkan sebutan memuji Allah. nyanyi nyanyi gak kan, tak salah hiburan tp ada batasan, jgn sampai melekakan atau melalaikan kita sampai lupa nak solat, lupe nak beramal kepada Allah. jadi ramadhan ni jom sama-sama kita mendapatkan berkat ramadhan ni. aku ade terdengar satu ilmu yang mengatakan, Allah akan memaafkan dosa hambanya di antara setiapdua waktu solatnya, di antara setiap dua jumaat, dan di antara setiap dua ramadhan. Betapa pemurah dan maha pengampunnya Allah terhadap hambanya. kita je yang tak reti2. same la ngan aku nih kan. sebab tu mari kita bersama-sama mengingati antara satu sama lain. jangan biarkan kemungkaran berlaku di antara kita. selagi kita bole mengingkari segala yang di larang Allah selagi tu kita cuba elak darinya.
Jadi ramadhan ni aku doakan untuk semua muslimin dan muslimat terutama family aku, kawan2 aku especially roza, dar, azrin, rumet2 ku zaki dan am, kawan2 bilik 1006, kawan2 di cyberia itu tidak lupa mak ayah di kampung, tahun ni saya tak dpt balik sebab kene repeat sabjek haha dan start mengarut...oklah yang baik tu datang dari Allah yang buruk tu dari dari aku yg mmg busuk inih.
Monday, September 24, 2007
Ramadhan - Hati Batu | Keras Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment