Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 07, 2005

Tragedi 28 Oktober 2004

Assalamualaikum kawan2...maybe ini last entry untuk sem 1 ni, lepas ni cacat la aku tade connection, kat rumah aku mane ade connection, kat palong tu, line talipon tade, dah masok air. sem depan, sem 2 belum tentu lagi apa akan terjadi. no one can predict what will happen sooner or later. tp aku sebagai hamba Allah yang tak mampu membuat sebarang kudrat, hanya mampu berdoa dan bertawakal pada-Nya. apa yg ada dalam hati aku ni, hanya Dia saje yg tau.

Maybe bagi org lain i am still ISS that they know, suka gelak, suka melawak, and suke something yg happy, but behind that wall of happy, who knows what i am thinking, what i fell, and what i face. tp tak guna pon aku tunjukkan kat orang yang aku tgh ade prob ataupon tak mampu nak face dunia ni lagi, biarlah aku dan diri aku yang tahu. Cuti ni, macam2 yg aku dah plankan, same gak la macam "kawan" aku tu, but we jsut planning. Aku tak tahu dan tak bole fikirkan ape yang akan aku buat next sem. maybe benda yg baik akan datang, maybe tak baik. aku tak risaukan benda yg baik nak dtg, tp aku risaukan macam mana aku nak face dan accept benda tak baik tu. aku takot tiada kekuatan dalam diri ni nak face semua tu.

Pertama kali dalam hidup aku, "ini"lah kali pertama aku berkecimpung dalam satu "dunia" baru, baru mean tak penah aku lalui atau cuba dunia ni, but thats what i am facing now. tak sangka 28 oktober 2004 akan jadi satu tarikh yang sangat penting. aku tak sangka dunia ini akan manjadi satu titik permulaan yg menarik dalam hidup aku, even family aku terkejut dgn apa yg dah dan tengah terjadi pada aku, but they understand me, i am human being jugak. tapi ape salah aku, apa kekurangan aku, sampaikan "tragedi sem 2" bakal terjadi. mane kesilapan aku, mana kekurangan aku, mana kelemahan aku?! sapa yg akan bantu aku face tragedi ni nanti? apa yg akan dorong aku dan bagi kekuatan pada aku nanti?! hati ni bagaikan da lame luruh, yang tinggal hanyalah cebis-cebisan memory yang sukar dan takkan aku lupakan. "kawan" saya tak mampu nak lafazkan apa2 kerana apa yang tengah kita hadapi ini adalah dugaan dari Allah, you better than me, u should know what u must do. apa yg telah kita lakarkan selama ni, adalah memory yang telah Allah tuliskan untuk terjadi. Aku hanya perllu bersyukur di atas nikmat yang Dia dah kasi nih.

Anyway selamat berpuasa dan selamat hari raya aku ucapkan kat semua kawan2, sape2 saje yg kenal aku, maafkan kesilapan aku, halalkan makan minum aku. aku hanya insan biasa yang hanya mampu merancang dan berdoa, Allah juga yang menentukan.

Wednesday, October 05, 2005

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...day after day, week after week, month after month kita berjumpa lagi dengan Ramadhan al-Mubarak. aku rase masa tu sangat la pantas, aku rase baru je member aku balik malaysia nih dah nak raya balik dah, tp raya kali ni dia tak dapat balik raya, even masa kita raya die still lagi struggle nak exam blom exam pon lagi. ape bole buat australia jugak tempat kedua dia sambut raya setelah setiap tahun beraya di Palong 2.

Aku ramadhan kali ni wish something that i can get during this ramadhan. hmm baru2 ni mak aku datang KL dari kampung aku Palong 1 untuk buat gathering family kat Puchong rumah angah aku, well gathering ni skali utk menyambut ramadhan al-mubarak ni. 2 org adik beradik jek yg tak dpt datang, sorang tade keta pastu family besar, sorang lagi jauh Perak, bak kata die la. so yang lagi 8 semua ada masa gathering tuh, seronok ramai2, mak aku masak rendang, mak mentua angah aku pon dtg bawak lemang, dah raya dah aku hehe. pastu ade la skit beehoon goreng, kerang rebus favourite kak bie ngan angah aku, air sirap ais, ketupat segera, lontong, kuah kacang sume ade la, kira aku dah Raya awal skit dari korang :p....mmg seronok bila sume gath ramai2...

hmm...masa berganti masa, aku still the same. masalah still tak solve even betambah2 lagik. tade siapa yang bole tlg setelkan even share ngan aku, aku jugak la yg tanggung. tp tape la syukur ada kawan2 hiburkan hati, ade naju, terubat gak hati nih. erm anyway aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya, DeepaRaya lagik .....yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah diri aku sendiri...assalamualaikum.

Monday, October 03, 2005

Ablen otograf pliss!!!

Assalmualaikum... ooh kawan2 ku di luar sane, hari tu aku ade la menggoogle, pastu tergedik la nak cari name aku dalam google, sebab name aku kan pelik so mane la tau2 kalo ade org same cam aku namenye... taip isrusli pastu aku search kua la result byk gak, tp ade ke google kate Did you mean: israeli. ampes google!! pastu aku cari2 ade la jumpe memule tekejut gak, org tu fropessor lagik, name die Rusli bin Ismail, bole la plak email die isrusli@ape jadah tah...

pastu cari lagi kat page 2 aku jumpe sebijik2 name aku ISRUSLI BIN ISMAIL, rupa2 MMU yg ku saayang nye site cis takde la kagum mane pon, pastu dalam page yg same aku jumpe lagi sebijik2 Isrusli. haa!!!! dah jumpe, aku klik2 rupa2nyaaaaaa ablen kawan lama aku membuat a little bit about his fren la....aku bace2 ramai gak die story mory kat situ, waaaaaaaa terharu gile aku...ablen la kawan aku!! omg tidakkkkkkkk!!!!!! ahah so nak share ngan korang, ini dia ape yg ablen tulis pasal aku :">

Isrusli

Dier ni pon kawan aku gak.. antara yg terbesh.. ngeh ngeh~~..
burak pasal dier plaks..

First impression aku ttg mamat ni.. voguee~.. ahaks.. pandai bergaye..

Aku kenal dier ni.. sebab dier ni plaks roomate Azrin.. dan aku jugak
tau.. yg dier ni roomate Azrin melalui satu budak MMU melaka..
hehe.. :p .. memuler tu segan nak tego budak ni.. tapi tak sedo2.. tetiber
dah jadi rapat jer.. kalo tak jumpa dier ni mmg tak sah.. besh burak
ngan dier.. ader jer topik.. dier ni kuat melatah.. haha.. Azrin selalu sgt
usik dier.. sume la leh dikatekan ske sgt sakat mamat ni.. ader je mende
yg nak di guraukan ngan dier.. ahah.. dier ni plaks jenis yg happy.. tapi
kalu dier ader masalah.. huyoh~.. dier punye ngeluh.. jgn men men..
ahak~.. ko cakap ngan dier pon muke dier muram jer.. walaupun ko
wat lawak.. leh nampak ngan jelas expression kat muke dier tu..

Satu laie.. aku cukup tekujut bile tgk baju dier.. waaa~.. penuh satu
almari.. gile ahh.. kalah truk aku.. sirius.. mmg byk.. ish ish.. terasa
kekurangan pada diri aku.. ngah ngah :p.. dier ni jugak pandai
memasak.. so jgn la heran.. kalo ko dgr dier komen pasal masakan
org.. ahaks..

Dier ni lagi satu besh sebab dier agak pandai memahami perasaan
org.. pandai bercakap pon ye mamat ni.. kalo bab nasihat org.. haa~..
mmg insaf ko kejap.. so.. kalo nak wat aper2 yg tak patut tu.. jgn la
wat depan mate dier.. mmg merah la telinga korang kena nasihat.. haha..
aku pun kena gak nasihat.. tapi tak truk la kan.. just pasal keje aku tak
wat jer.. ehe.. dier ni pulak minat men game.. sebab dier tgk aku ngan
Faisal men game "Starcraft".. permulaan nyer.. time aku men game
"Starcraft" kat komp Dar.. dier tgk.. pastu tak pasal2 dier mintak aku
ajar.. aku ni kalo bab ajar org men game.. mmg aku minat sesgt..
sebabnyer aku mmg minat game.. so aku ajarla dier.. tapi taktik aku tak
ajar la memuler tu kan.. aku soh dier beserkan diri ngan game tu dulu..
character dalam tu.. dier mmg cepat belajar.. besh ajar dier.. sesekali tu
aku men ngan dier sambil ajar dier.. aku ajar.. yg basic jer la kan..
haha~.. lelame tu dier jadi terer.. jgn men men.. siap ader taktik
tersindri lagi.. tapi tetap.. kalo men one on one dier kantoi.. tapi kalau
bab team.. mmg dier jadi backup yg sempurna.. haha~..

Aku takkan luper budi baik dier ni.. selalu tulun aku wat keje.. sem
satu kalo tak salah aku.. ader satu projek mdf aku tak anta.. so last
minute tu.. lecturer mintak.. dier ni la yg volunteer nak tulung aku.. so
sesame la kitorang wat.. dan dier jugak yg tulun aku time sem tiga
kalau tak silap aku.. tulun aku wat keje mcc.. byk jase dier ngan aku..
so.. aper2 hal aku tetap takley nak lupakan budi baik dier.. aper org
kate skali pon ttg dier.. aku tetap ngan pendirian aku.. hehe..

Byk adik bradik pon ye si Is ni.. hubungan dier ngan family dier
mmg rapat.. siap leh chatting2 lagi tu.. jgn men men.. aku dapat
bygkan.. macamane punya rapat hubungan derang.. sebab aku
pun camtu.. bezanyer.. just.. aku skit jer adik bradik.. hehe.. byk
jantan lak tu.. hehe~.. Is ni mmg di senangi oleh sume org
( bagi aku la ).. di sebabkan oleh personaliti dier tu.. tak rugi aku
jadi kawan dier..

TABIK~!! ( jasamu takkan aku lupakan.. hehe :p )..

Thursday, September 29, 2005

Legendary Mariammah Tijo

Assalamualaikum semua....
Pada suatu hari, pada pukol 6.30 pagi, aku bersiap2 untuk ke Sekolah Rendah Kebangsaan Palong 1 (F). dalam kekecohan bersiap, berselang seli dengan pekikan mak aku membebel suruh aku cepat bersiap, kami sekeluarga di hiburkan oleh radio yang di buka oleh tangan mereka yang menggemari Radio RTM (Nad).

Suara Deejay yang sentiasa akan menghiburkan kami sekeluarga di kala melakukan aktiviti2 harian kami setiap pagi, pada ketika itu tidak siapa pon peduli siapakan mereka yang selama ini menghiburkan seluruh negara tidak kira pagi, siang atau malam. oleh itu, aku disini ingin membuat satu "Pendedahan Eksklusif" yang akan memaparkan wajah sebenar deejay yang dahulunya menghiburkan keluarga aku di kala bersiap pada pagi2 untuk ke sekolah, dan caption yang menjadi lagenda pada mereka yang kini dahulunya pernah mendengar suara beliau "berita di sampaikan oleh Mariammah Tijo"... memperkenalkan Mariammah Tijo!!!!

NAMA


MARIAMAH TIJO
TARIKH LAHIR


19 Julai 1950
KEGEMARAN


Menghias, Melancong
TARIKH MENYERTAI RTM


Mei 1972
TARIKH MENYERTAI RADIO1


Sejak Wujud Radio1

RANCANGAN KELOLAAN DI RADIO1


Sebutlah Yang Betul, Nada Gurindam
EMEL



YANG SUKA


Menggembirakan Hati Orang Lain
YANG DIBENCI


Mendengar Orang Memburukkan Orang Lain
KATA-KATA BESTARI / HIKMAH


Wajah Gambaran Hati Oleh Itu Sama-Samalah Menjaganya

Tanpa otak siapalah aku

10 TABIAT YANG AKAN MELEMAHKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘ Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sama2 kita jage otak untuk wawasan 2020 dan majulah otak demi negara!!!!sokong!!!Allahuakbar!!!


Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits