Wahai sahabat,
Hari demi hari aku semakin mengenali dirimu,
Satu persatu kau tunjukkan warna sebenarmu,
Dan setiap kali itulah aku akan terkesima,
Aku seolah-olah di kaburi oleh topeng yang menutupi dirimu yang sebenar,
Aku percaya bahawa kau juga tahu apa yang kau lakukan,
Aku benar-benar yakin pada kau,
Aku lihat terpancar satu sinar yang terang lagi nyata,
Sinar yang kau kelamkan di celah-celah rentak dunia yang semakin sumbang,
Kau sendiri sedar apa yang kau lakukan,
Jangan biarkan sinaran itu pudar dan semakin samar kewujudannya,
Jangan biarkan dirimu di pimpin oleh onak dan duri yang bukannya membawa kebenaran,
Jangan pula kau alihkan kaki kau yang melangkah di jalan yang benar,
Pasti mereka yang menyayangi kau akan hampa,
Hampa mereka kiranya mereka menyedari warna sebenar kau yang kau sendiri warnakan,
Walaupun kau tahu warna itu bukanlah warna yang kau inginkan,
Aku disini sentiasa mengiringi perjalanan kau,
Kiranya kau ingin aku memikul bersama bebanan yang kau pikul,
Tiada apa yang akan menghalang aku untuk membantumu,
Sahabat, aku tahu kau sedar,
Kau sedar akan perbuatanmu yang salah,
Ingatlah bahawa Dia sentiasa mendengar dan melihat perjalanan hamba-Nya,
Malah kau lebih mengetahui akan ketentuan-Nya,
Dan mengapa kau menjadi sahabat aku?
Kerana kau memahami peraturan-Nya lebih dari aku,
Aku ingin kau berkongsi fahaman itu bersama aku,
Kerana aku bukanlah para wali,
Dan aku juga dalam kesesatan malah ingin kembali ke jalan yang benar bersama-sama kau....
Monday, December 17, 2007
JaNgAn ZaLiMi DiRiMu...SaHaBaTkU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sahabat satu perkataan yang semakin kabur kukenali setiap senja yang dilalui. T_T
Post a Comment