Assalamualaikum...
Aku penah buat entry pasal ni dulu, cuma aku amat tertarik dengan isi kandungan yg tersirat dan tersurat dalam cerita ni dan aku seorang yg amat particular dalam hal2 macam ni...
Al-qamah berpesan kepada puteranya katanaya: Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
(1) Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
(2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
(3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
(4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.
(5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
(6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
(7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
(8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
(9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
(10) Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
(11) Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
(12) Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Demikian pesanan Al-qamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.
Susah nak dpt kawan jenis cam ni dalam dunia skang nih,1 dalam 1000. Harap2 kite sume dpt sesuatu yg bernilai dari ape yg Al-qamah sampaikan kat anak die tuh...
Wednesday, May 02, 2007
Sahabat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
alangkah indahnya jika mendapat sahabat yang diperkatakan seperti Alqamah. syukur alhamdulillah
haaa mmg indahlah dunia ni...1 dalam 1000 kalo nak dpt, tu pon kalo ade...anyway thx to all my fren sbb sudi jadi kwan aku selame ni..ayat keninsafan..
Apekah ini aspek2 paling susah nak carik. No.1. No.2. No.3. No.6. No.7. No.10. No.12.
Sebab tu nama 'Sahabat' tu tinggi nilai die. Nak dapat memang susah. Tapi sebelom jumpe 'sahabat' tu, kawan-kawan yang ade kene dihargai gak. Diorang tanak hargai, itu terpulang. Hohoho. Yang pasti, even aku hargai, aku tak reti nak tunjuk ahahaha.
bagi aku pika, kalo ade aspek2 yg lain2 tu pon cam fake je...sorang2 je yg btol2 ikhlas. haha oihh iss syukur plisss
nama putera dia tu katanaya kah? nice name
I've found my sahabat..the best of friend..cukup lengkap syarat2 tu..alhamdulillah.. :D
arr zimba tak sure lak aku. aku dpt cite ni pon kat mane tah tak igt sgt. tp kalo btol name anak die katanaya, cool gak... nk letak name anak la nnt.
aku rase itu typo 'katanya' la.
hahahahahahaah apekah aku pon tak pasan ahahahah kata nya rupenye ciss ko
Post a Comment