Hari demi hari aku lalui dengan pelbagai perasaan dan kata hati. Namun terikat sesuatu yang aku tak mampu untuk leraikan. Aku ibarat hujan, bila aku diperlukan aku di sebut-sebut, namun bila aku hadir dan cuba untuk bermesra, aku dihina, dihalau malah di caci. Mungkin caraku tidak mesra.
Pertemuan yang dulunya menjadi sesuatu yang menggembirakan tidak lagi gembira. Apakah agaknya yang menjadi dinding antara kita? Namun di mata-mata dunia, akulah pencipta dinding itu. Akulah yang menjadi garis yang membezakan antara kita. Tiada apa yang mampu mengganti diriku untukku persembahkan untuk kita terikat kembali. Jauh disudut hati, aku sedar bahawa tali yang pernah diikat selama ini telah putus kerana yang memegangnya hanyalah kau. Andai di sambung kembali, hanya satu kupinta, benarkanku memegangnya dengan sekuat hati.
Namun aku sedar, tali yang dulu terikat amat sukar bagimu untuk memegangnya kembali mungkin juga tidak lagi akan dipegang olehmu. Aku sendiri pernah berkata, diri kita, kita yang mencorakkannya. Aku lahir bersama dengan "aku" yang lain, namun aku cuma insan biasan bahkan tiada kudrat untuk mengubah segala. Telah kucuba menjauhkan "aku" dari diriku, namun masih tidak kesampaian. Disaat kedinginan malam ini, dan setiap kali kedinginan malam hadir, akanku pintal memori lama menjadi hamparan untukku lenakan mata ini yang pernah kau tatapi dulu...
Wednesday, November 22, 2006
Ikatan Yang Terputus Masih....
Thursday, November 09, 2006
Memoirs of Raya 2006
Salam,
Tahun ni punya raya agak best jugak, sbb we all 1 family ada activity nak di buat pada raya pertama, kedua, ketiga, and keempat. Raya keempat paling best sbb semua dpt berkumpul kecuali kak lang aku, so 9 adik beradik ada mase tu.
We all plan buat BBQ Raya, so pagi2 bute raya keempat aku pegi pasar ngan akak2 aku. Lepas tu aku marinate ikan, sotong, and udang. oops bukan aku, tp akak aku sebab lepas ke pasar tu lebih kurang pukul 11 aku ngan akak lagi satu pegi ke Muar, kawan die ajak beraya plak kan.
Tahun ni tak byk masak pon, just lemang, rendang daging je ayam tade, pastu ketupat which is aku sendiri yg buat huhu.
This image taken while anak sedare aku yg paling tua yg berbaju merah tu tgh balut ikan dgn daun pisang nak kasi baru wangi and tak melekat.
Gambar ni pulak mase 1st batch ikan yg dah dibalut di bakar dgn ghairahnye, tu abg aku yg sulung and yg nampak blakang je tu is my bro-in-law.
Ini ikan2, yg sudah siap di bakar dan ready utk di baham oleh semua pirana2 which is anak buah aku seramai 27 org tuh, kejap je abis ikan kembung, ade 3 jenis ikan, kembung, cencaru, and ikan terubok.
Ini Menu sampingan iaitu chicken ball yg mana tak sempat goreng semua dah kene sapu, buat malu btol anak2 buah aku ni huhu. they all really have fun that night.
Haa, on the way balik dari Muar, sempat kami beli makanan sampingan temper ini, cane eje tempe ke temper ke tempey ke tah la tak igt.
Ok this is image utk semua yg beraya kat Palong tahun ni. ade 3 family yg dah kawen, 1 dah betunang(baju melayu), and 2 belum kawen temasok yg tgh amik gambar sebab stand tade,huwaaaaaa...anyway tahun depan shud be better hopefully, insyaAllah...
p/s: rollover mouse on images+click to enlarge...
Wednesday, November 08, 2006
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya semua...
Punye la lame aku tak buat entry dah, sampaikan password pon aku tak igt. well , di hari yg mulia ini aku nak minta maaf zahir dan batin dari hujung rambut sampai hujung kaki. kepada sesiapa yg aku ada buat dosa besar ke kecik ke, aku nak minta maaf sgt2, termakan terminum mintak halalkan, kalo ada yg tergune ke mmg sengaja gune duit tu aku akan cube bayar selagi nyawa ada di badan ni. kalo aku wat korang kecik hati, kecewa amat2 ke maaf sgt2 sbb aku ni manusia biasa yg luar biasa.
Raya tahun ni paling best aku rase utk 3 tahun ini. byk perkara positive berlaku kat umah aku. but nothing is perfect, ade gak yg negative, bahkan lagi menyentuh hati aku ni dari yg positive tu. anyway aku nak gi class dah ni, kang lambat kene marah susah pulak kang.
Salam...