Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 31, 2005

Kedai Roti

huhuhu nak share citer agak lawak la...kalo dah penah bace tu bace je la lagik, wat2 gelak ek...

Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV,
tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan
dah terbakar
tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan
paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab
Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke
kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah
kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob
dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk
menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi
kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila
mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus
ke bilik air, dia sekali lagi
terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi.
Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong
pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam,
saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang
sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis.
Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia
sedia menolong saya tetapi dengan
bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

No comments:

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits