Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 01, 2008

Tujuan dan Kehidupan

Salam and hello to all,

Pagi2 bute tetibe nak buat entry baru, seblom nak pegi membute ni kan. well kali ni nak cakap pasal tujuan dan kehidupan. once again all about human, the greatest creation of Allah. tapi greatest2 pon, kita masih lagi tak sedar diri, even diri aku sendiri. kadang2 kita terlalu ikutkan perasaan sampaikan tak sedar setiap ape yg terjadi sekeliling kita n baik or not, samada kita yg buat or orang lain buat. sepatutnya kita nih hidup makin bertambah baik bukan bertambah teruk. contoh mudah, hari ni bangun lambat, maybe next day bangun lagi awal, tu contoh paling mudah. ilmu jadi kayu pengukur, tp tak dalam semua keadaan. aku respek mereka yang ada ilmu tak kiralah ilmu ape as long as good. orang2 macam ni unik, even ramai yang berilmu tinggi, tp setiap seorang tu unik. macam manusia jugak ade cap jari yg berbeza2 setiap org.

sampai la hari ni aku sendiri rasakan perjalanan hidup aku tak gak bertambah baik, tp aku keep on improving and trying my best hopefully. sbb in the end tade sape yg bahagia, aku gak termasokla anak bini aku nnt insyaAllah. zaman skarang ni pon manusia dengan binatang pon macam taleh nak beze. macam2 aspek manusia skarang menjadi lebih ke arah kebinatangan. tak kira la attititude ker, social ker. sebut pasal social, terlalu besar cabaran untuk belia2 skarang nih. dengan budaya baratnye. kadang2 ilmu penuh kat dada tp sukar bagi tuan punya diri nak menahan nafsu dari pelbagai aspek, nih kan plak org yg sengkek ilmu kat dada, jadi berjaga2 lah, berfikir adalah yg terbaik, kita ada akal. tapi ape2 pon Allah sentiase membuka dan menerima taubat hambanya. orang melayu kate tepuk dada tanya selera. kalo kite btol2 nak, tanye diri kita, bukan tanye dah redi ke blom, tp tanye ape baik dan buruk nye sesuatu perkara tu.

ape aku mengarut, tp tu lah yg ade lam otak aku skang, dah mamai nak tdo nih. kadang2 kita selalu kene tegur ngan member, sekadar mengingatkan kita tu tak salah dan mereka yang terima teguran pulak jgn terus telintas kat fikiran tuh "eleh ko pon same, tayah nak tergur orang" die same atau tak tu bukan kerja kite, tp message yang ingin di sampaikan tu...tu yg perlu di ambil kira, tapi yang menegur pon same2 la berusaha ke arah yang lebih baik. tuhan tu nampak, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu keluarga, jangan tipu Allah. Maaf kalo ade yg terase tp aku pon manusia biase... yang baik dari Allah yang buruk tu kompem dari aku.

Thursday, April 17, 2008

Ibuku VS Alif Aziz


Nih dah start apdet2, sure la sronok nak apdet mende lain plak kan. well takde ape sgt nak aku crite pon, just kelmarin mak aku sms aku suruh call balik since aku baru di share kan prepaid oleh kakteh aku yang sangat baik dan cantik (Tetibe die cantik utk hari tersebut). so aku pon tidak beragak-agak nak call balik beliau. jadi, aku pon call mak aku, dan secare tibe2, normally aku call mak aku ringing cam biase je la kan, tapi kali ni polik skit. tak pasal2 aku dengar caller ringtone berbunyi begini "sayang sayang sayang, kamu dah berpunya lalalala...." tanpa aku mengkaji apa2, aku jadi cuak sebab takot salah nombor ke ape ke kan...alih2 ade orang angkat and suara itu adalah familiar dan terus aku conclude itu adalah ibunda aku yang sudah pon berumur 63 tahun, duduk di kawasan felda Palong 1, boleh di katakan tidak begitu terdedah kpd teknologi2 yang pada aku tak ramai macik2 yang sebaya akan menikmati kecanggihan itu.

lantaran beliau mengangkat panggilan aku, aku terus gelak cam nak pegi mekdi and ape lagi aku tease mak aku haha. setelah mak aku membuat pengakuan dan penjelasan rupe2nye, mak aku dpt caller ringtone tu dari hotlink yang konon2 baik hati kasi free2 kat mak aku. hahahah tak bole blah sungguh hotlink itu, tp paling tak bole blah lagi adalah mak aku sukeeeeeeee caller ringtone ituu!!! adoihh!! aku pon tak pakai caller ringtone. well, itulah mak aku, sometime die suke bende2 yang kebanyakan orang tua di area2 rumah aku, palong 1, tak suke or some of them tak tededah and some of them jugak tanak amek tau pon... (mak tanak blikan utk saye ker?)

anyway, mom i lap u very much, bless me and wish me save and luck in my entire life. amin.

Monday, April 14, 2008

Tahukah Anda?!

Assalamualaikum...

Waduuhh!! lame gile dah aku tak hapdet blog inih, dah bekurun baru lah nak hapdet. bukannye ape cume *bizi dengan *keje yang *belambak, korang tau la kan aku ni still blaja, ade class *hari2, dah tu *keje lagik, pastu macam2 lagik la kan. so hari ni tetibe la plak rase nak hapdet blog ni sebab ape? sbb nye aku ade dapat satu story, bukan story ape pon, dpt idea entry ni pon sbb rumet aku pegi forward msg kat ym, so mari kita baca rentetan story berikut, Mariamah Tijo melaporkan.

Fakta menakjubkan untuk pengetahuan AM anda.....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

*sungguh2 aku bace dalam ym aku tu, tibe2!! aku ade nampak perkataan" Pawas"... this is good...then aku keep on bace, die pon ade gak pengetahuan AM yang nobody in this world would know except die....teruskan membaca....

PaWaS: ko tau tak? manusia memerlukan ubat gegat untuk terus idup, kajian mengatakan ubat gegat mampu menambah peluang pekerjaan kepada para penganggur supaya lebeh pruduktif menghasilkan ubat gegat..dan dapat memajukan ekonomi negara. Justeru itu ini menyumbang kepada environment yg sihat pada manusia serta dapat menjamit manusia dimasa kan datang. Anda tau tak yg Koko Krunch tidak terdapat beruang Koala didalamnya.. tetapi hanya terdapat bijirin coklat untuk sarapan pagi.

beruang koala + cococrunch?







ade sesiape bole terangkan kat aku motif sebenar beliau berkenaan dengan ayat yang berwarna biru di atas?

Monday, December 17, 2007

JaNgAn ZaLiMi DiRiMu...SaHaBaTkU...

Wahai sahabat,
Hari demi hari aku semakin mengenali dirimu,
Satu persatu kau tunjukkan warna sebenarmu,
Dan setiap kali itulah aku akan terkesima,
Aku seolah-olah di kaburi oleh topeng yang menutupi dirimu yang sebenar,
Aku percaya bahawa kau juga tahu apa yang kau lakukan,

Aku benar-benar yakin pada kau,
Aku lihat terpancar satu sinar yang terang lagi nyata,
Sinar yang kau kelamkan di celah-celah rentak dunia yang semakin sumbang,
Kau sendiri sedar apa yang kau lakukan,
Jangan biarkan sinaran itu pudar dan semakin samar kewujudannya,
Jangan biarkan dirimu di pimpin oleh onak dan duri yang bukannya membawa kebenaran,
Jangan pula kau alihkan kaki kau yang melangkah di jalan yang benar,

Pasti mereka yang menyayangi kau akan hampa,
Hampa mereka kiranya mereka menyedari warna sebenar kau yang kau sendiri warnakan,
Walaupun kau tahu warna itu bukanlah warna yang kau inginkan,
Aku disini sentiasa mengiringi perjalanan kau,
Kiranya kau ingin aku memikul bersama bebanan yang kau pikul,
Tiada apa yang akan menghalang aku untuk membantumu,

Sahabat, aku tahu kau sedar,
Kau sedar akan perbuatanmu yang salah,
Ingatlah bahawa Dia sentiasa mendengar dan melihat perjalanan hamba-Nya,
Malah kau lebih mengetahui akan ketentuan-Nya,
Dan mengapa kau menjadi sahabat aku?
Kerana kau memahami peraturan-Nya lebih dari aku,
Aku ingin kau berkongsi fahaman itu bersama aku,
Kerana aku bukanlah para wali,
Dan aku juga dalam kesesatan malah ingin kembali ke jalan yang benar bersama-sama kau....

Monday, December 03, 2007

Aku Silap...

Assalamualaikum...

Selama ni aku silap, ye la bak kate enonimes yg post comment kat entry seblom ni, kita kena fikir perbuatan kita yg kurang baik kat orang lain. tuhan tu menguji kita dan secara tak langsung membuat kita berfikir dan muhasabah diri. dan ada sorang kawan aku pernah bagitau kat aku, dia kata "there's no GOOD friend in this world" die skiping london lagi. melayunye la kan (kalo2 ada yg tak paham) tiada kawan baik kat dunia nih. tapi member aku yg ckp tu, aku rasa dialah kawan bawak yg dia kata takda kat dunia nih. die memahami orang lain, bagus cam tu. orang cam ni yang kita panggil kawan. susah sama susah senang sama senang, sama-sama gunung didaki bak kate allahyarhamah Seha.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Kadang-kadang aku terfikir apalah yang manusia menyampah sangat dengan aku. aku buat baik pon menyampah. tapi kalau orang lain buat baik takde lak nak marah2 cam marah2 kat aku. aiihh... aku dilihat oleh mereka2 yang menyampah kat aku sebagai apa pon aku taktau. am i being too overacting? (ye ye - ade suara yg jawab), am i annoying? ada sorang lagi kawan aku kata, be yourself, tak perlu susah payah nak melayan orang yang tak layan kita. cakap memang senang, macam mana kalau hari-hari jumpa, hari-hari tengok muke, hari-hari telanggar bahu?

Disini aku bukannye nak mintak keadilan, tapi aku nak mintak tunjuk jalan dan arah juga cara yang sebetulnye untuk aku dianggap sebagai manusia biasa seperti zainal, salman, fizah, sapa2 je yang di layan seperti seorang kawan dan manusia. kalau aku salah tolong la betulkan, aku tak kisah terima nasihat dan pendapat kawan-kawan aku. bantulah aku....

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits