Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 06, 2007

3 Sahabat Tak Sejiwa!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Aku rase ado antaro korang2 ni yg ponah baco lawak ni, tp sapo2 yg bolom ponah baco, silolah baco...agak ampeh lawak eh...enjoy...

3 Sahabat tak sejiwa

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari
kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga
buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...

kodok:"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ...
patut..la rokok dah abis....... "
Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"
Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"
Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "
Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"
Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"
Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......
Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...
dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"
Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"
Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"
Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"
Ulat Gonggok: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"
Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"
Ulat Gonggok: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"

time den baco lawak ni, adoi hai, ponek den guling2 lam bilik jatuh dari kusi, guling ke bawah katil pijal, sambong lak kat katil den, naik atas katil am, mmg tak larat den...

Friday, May 04, 2007

keMALANGan!!!

Assalamualaikum...

Konon2 hari ni nk bgn pagi solat subuh jemaah besame2 en.zaf, en.syah dan en.zaki. namun as aspected, aku bangun (btol2 bangun dr katil) adalah pd pukul 12 lebih skit, en. zaf pon same. namun en. zaki dengan bangganya die kate die bgn awal dari kita org, iaitu pada 10.30 am... what can i say, he got the point. so bangun2 je tgh hari tadi, mandi2 sume, pastu plan nak pegi spital putra kol 3.30pm sbb akak aku kunun2 akan di operate sbb apendiks, last2 tak jadi. seblom tu plan aku bermula dgn berjumpe en. nizam assistant manager hostel (aku agak je) kat hb4. ni kali ke 2 aku gi jumpe die tade lagik, agak emo aku dibuatnye. then balik2 terus makan sbb mase tu da kol 3 lebih, sbb kol 3.30 nak gerak da ke spital. on the way balik dr hb4 singgah kat hb2 utk tggu zaf turun and the same time kapel yg tgh hot market skang ni ade tgh makan iaitu kapi ngan syahrool, ooopsss pika and syah, tade rool.

Lepak2 ngan derang sambil tggu zaf, beberape minit kemudian zaf pon sampai. kami makan, minum siap2 sume. then aku dpt sms dari angah aku kate akak ipar aku da nak check out kol 4...sabor je la. anyway alhamdulillah la tade pape2 jadi kat die. then aku lepak la sane pas makan sambil borak lagho ngan pika ngan syah tidak lupa kpd zaf. dalam pada borak2, tetibe ade air terjun kat laluan dari tangga yg menurun yg nak ke fudkot hb2 kalo kite dari hb3 tu (harap2 korang paham). syah dan2 aspek budak kencing. at first mmg sume org igt air biase la, bebudak2 tade akal curah air ke ape ke, then beberape minit kemudian bau yg tidak menyenangkan menusuk hidong. bau hanching mahupun haring. wow! ana setuju. bau hampeh bebeno!!! dan2 syah bayangkan ade org kencing kat tingkap siap buat lakonan semula hahahaa syah suke imagine2 ni, adehh!!!
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Di atas adalah hasil ujian terhadap jantung syah.

Pastu kami pon pikir2, rase tade paip tandas kat belah situ, then kencing sape??!! tade logika btol. budak2 mmu ni pon ade yg tade tamadun dalam membuang bahan kumuhan. HOI!!! apekah kencing kat tingkap!! tp takkan la budak kencing kat situ. misteri btol. lalu syah mengeluarkan fatwa yg mana mengatakan kalo nak ilangkan bau busuk seperti ini, kita perlulah menarek nafas sedalam2nya sebyk 9 kali...pika dengan pantas melempang syah di pipi belah kanan die. ha hamek ko!!! tp die still menarek nafas sedalam2nya sehingga pecah vessel die. asataga...bak kate leo, susah YEA syah INI.

Then kol 5 aku pon turun main tennis spt yg di rancang sbb da tak jadi pegi tgk akak ipar aku. sampai2 kat court spt biase aku warm up. tgh2 warm up tengkok aku ade rase sengal2, tp its normal la tu, cam tak tepiki ape2 akan jadi pon, who cares... then aku pon stroke biase2 ngan en.zaf. sesampai en.nakhiz and selepas die stroke2, aku pon lawan 1 game ngan die. awal2 match tu time nak serve aku da rase sakit tengkok, tp teruskan gak. lame kelamaan otak aku kasi tau yg tengkok aku tu da sakit teramat. tp hati aku kate main aje. so aku pilih hati kerana hati lebih berhati-hati dalam sesuatu yg die buat. last2 tengkok aku jadi spt zaki ketika die mengalami fonomena salah tido atau pon salah bantal. maybe aku terpakai bantal en.zaf mahupon bantal en.zaki smalam kot, hmm...susah btol la. then skang ni sambil aku tgh buat entry ni tengkok aku sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!! en.zaki bersama2 kawan2 yg lain telah memperkecilkan kebolehan tengkok aku. nak pandang pon kene toleh ngan badan2 skali, adoi hai saketnye... so taleh men tennis utk beberape hari kalo tak nnt jadi cam en.zaki saket tengkok berpanjangan. die dulu aku urut, time aku sape yg nak urut, en.zaf nk urut tp aku tidak ada keberanian sbb kalo salah urut bole memudaratkan kesihatan huhu.

oih!! panjangnye entry beta kali ni, sambil sakit tengkok pon bole lagi wat entry, demi korang sanggup aku ketepikan segala fonomena tengkok mahupun aseleher. oklah semua. aku nak tdo sbb tak larat saket tengkok ni.

p/s: semua watak-watak dalam entry ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan pada yang hidup mahupon telah meninggal dunia.

Wednesday, May 02, 2007

Sahabat...

Assalamualaikum...

Aku penah buat entry pasal ni dulu, cuma aku amat tertarik dengan isi kandungan yg tersirat dan tersurat dalam cerita ni dan aku seorang yg amat particular dalam hal2 macam ni...

Al-qamah berpesan kepada puteranya katanaya: Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

(1) Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

(2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

(3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

(4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.

(5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

(6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

(7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

(8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

(9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

(10) Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.

(11) Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu.

(12) Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Demikian pesanan Al-qamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

Susah nak dpt kawan jenis cam ni dalam dunia skang nih,1 dalam 1000. Harap2 kite sume dpt sesuatu yg bernilai dari ape yg Al-qamah sampaikan kat anak die tuh...

Friday, April 27, 2007

aih...

Assalamualaikum...

waalaikumsalam...

Sunday, April 22, 2007

She's My Everything

Assalamualaikum...

Lebih kurang pukul 9 pm, 20/4/07, akak aku sampai mmu utk amik aku utk accomplish satu mission utk surprisekan mak aku pada keesokannya iaitu 21/4/07 which is beday mak aku. dah cecah 62 tahun mak aku, tak sangka Allah masih memberi peluang pada aku dan mak aku malah family aku utk kami menyedari apa yg sepatutnya. so that night sampai kota kemuning which is rumah akak aku, kami plan buat kek sume, akak aku da siap beli lilin, pisau kek, bahan2 kek, kotak kek siap ngan perkataan "Happy Birthday" yg bakal di cucuk atas kek tu nnt, jimat kos, buat sendiri sume haha. bila sume da setel, pada hari yg dinanti2kan, pukul 5 aku ngan akak aku sekeluarga bertolak ke puchong perdana, rumah kaktam aku plak, venue di sana. so sesampai sana, get ready everything atas meja, and then kakcik aku call angah aku inform yg kami da ready, so bole la surprise mak aku da. why angah aku? mak aku tatau yg jumaat malam tu aku ke rumah kakcik sbb nak buat kek kat sane, kalo tak kantoi sbb mak aku ade rumah kakcik aku time tu. so angah aku dtg seblom aku sampai and bawak pegi umah angah aku. muka mak aku masam je sbb umah angah aku tade astro, pastu plan nak pegi tgk "jgn pandang belakang" that night tak jadi sbb nak buat kek utk hari sabtu nnt kan. so bila kami da ready everything, angah aku sms kasi tau yg dia org dah nak sampai, lg 5 mnt je sampai. then kita org kat dalam rumah kaktam aku tutup kipas sume sbb lilin da nyala, kek bawah kipas syiling asik padam je, so kene off kejap, semantara tunggu mak aku sampai and bukak pintu, kami dalam rumah sume basah ketiak ni ha nunggu tak sampai2 sbb umah akak aku 1st floor, mak aku tu pon jalan pelan2 je huhu. bila dia masok je, kita org jerit "surprise!!!! happy birthday mak!!!" macam dalam casa impian tu ha. huhu that was a great time. aku agak terharu dan sebak sbb masih lagi ada kesempatan utk mak aku menyambut hari jadi beliau bersama anak2nya, itu semua perancangan Allah, syukur sangat2 pada Dia.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
time nih semua org tak sabar2 tunggu mak aku sampai, dgr org ketok je, anak buah aku pegi bukak pintu, die igt da sampai, rupe2nye jiran, malu je die haha.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
ni gambar mak aku tgh tiup lilin, aisehh anak buah aku langgar aku time nak snap terus blur isk budak2 nih(alasan)
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
ini la hasil kek buatan sendiri, tade bakat dalam bakery, tp utk mak aku je, dan jimat sekali gus. beliau tak makan pon kek, budak2 je makan. dalamnya double cokelat moist, luar tu topping beli kat kedai pastu aku lecek2kan la atas tu pastu tgh2 tu blueberry, cam tak kene flavour tp bedal aje.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
ni salah satu hadiah yg aku kasi kat beliau. gelang kristal,juga aku kasi beliau henbeg, mak aku suke wat koleksyen, pastu kasut sepasang. berseri muka mak aku, gembira mak aku, gembiralah aku jugak.

Semoga Allah sentiase menenangkan hati dan jiwa mak aku, murahkan rezeki beliau, panjangkan umur beliau sbb beliau pernah ckp sesuatu kat aku dan ianya btol2 menyentuh perasaan aku. aku mohon pada Allah panjangkan umur mak aku.

Wassalam.

Kotak Menjerit


Free chat widget @ ShoutMix
hits