Assalamualaikum...
Kadang-kadang bile hidup ni di datangi masalah yang bertimbun-timbun dan sukar untuk di selesaikan, musti akan ada rasa give up. Hanya orang yang "kuat" saje mampu hadapi. persoalannya sampai bila masalah-masalah ini akan datang untuk menimbunkan diri dia dalam kehidupan sesorang itu.
Manusia hidup bersosial, berkomuniti tetapi bila ada masalah, susah nak cari komuniti yang bole mendengar masalah kita. kadang-kadang tu penat je kite kasi hint atau clue pasal masalah kita, derang tak paham. menjadi seseorang yang bernama manusia ni tak lah sukar mane, actually life is easy, cuma kita saje yang menjadikan dia susah. depends on how we manage our life.
bosannye topik aku ni. aku sendiri rase nak penampar je sape yang buat topik ni. pegi mampos same ko. tapi kan dah la tade sape suke, nak tampar diri sendiri lak dah tu cakap pegi mampos lagi. tah ape2 la penulis topik ni. kalo aku dapat die aku kasi die duit. ok lah nak pegi mandi...
Wednesday, February 15, 2006
Masalah oh masalah
Tuesday, February 14, 2006
Mat Jenin
Assalamualaikum...
Lame aku tak buat entry baru dah. alaa tade idea sebenarnye. pastu aku asyik lupe aje nak update blog ni. anyway hari baru musti ada perkara baru. aku nak jadi kaya. cane ek? korang pernah tak terfikir nak jadi kaya dalam usia muda. lepas tu bile korang dah terfikir tu, ada tak korang buat step by step nak jadi kaya? atau stakat berangan je nak jadi kaya pastu dok diam main game cam aku, pegi date cam aku, pegi class cam aku, gemok cam aku.
alahai cane la nak jadi kaye ni. korang tade ke lobang2 nak kaye cepat asalkan halal dan tidak dilarang oleh agama dan jugak bole di lakukan oleh student. hmm pelik la jugak kan, ramai yg nak kaye tp tanak gerak cam aku. nak katekan X-factor tu tak sampai lagi, dah betahun2 dah, bilenye nak sampai. bukannye tak sampai aku rase. tak penah nak carik. macam2 care nak kaye yg aku da jumpe, cume tak tau nak mula dari mane, dengan ape, bagaimana, bila, siapa dan dimana jua anda berada. bohsan plak dah rase hari2 ngadap mende yg same.
makan, minum, rehat, ngadap komputer, pegang tikus, terkebil-kebil, pening kepale, ngumpat, berak, mandi sume tu aku rase tade mendatangkan duit. ape target korang seblom abis dan sesudah grad nanti???
Monday, December 05, 2005
Cayalah Nicole David
Assalamualaikum...
Wah wah nicole david sport idol aku, gile la die baru last week aku borak ngan kawan pasal nicole. kawan aku cakap nicole skang dah tempat kedua world ranking. alih-alih pagi ni aku bace paper front page lagi, gamba die tengah pegang trofi besar gile. skang die dah di nobatkan pemegang ranking teratas dunia dalam skuasy. dah tu waniata asia pertama menjuarai competition ni lak tu. pastu muda remaja lagik. waduh hebat gile.
PM Abdullah Badawi cakap die bangge gile ngan Nicole nih. Siap suh ahli sukan negare yang lain contohi die nih. time ni la nak bangge sume kan. huhuhu. tapi ape-ape pun aku memang bangge gile la, aku start mengikuti perkembangan nicole mase aku form 4 kalo tak silap. nicole tu mase kecik-kecik slalu je datang rumah aku ajak main guli, kadang-kadang tenteng. tapi tu la aku cam malas je sebab die pompuan pastu anak org cine lak tu. ntah asal tah aku takot. huuhhu
taper la tu je la aku nak taip pasla nicole kidman nih, aku nak pi mandi nak pi class. contohi aku ni sebab rajin mandi, rajin pegi class sume. contohi tau. okeh baibai.
Tuesday, November 29, 2005
Human is Funny
Assalamualaikum...kita jumpe lagik :)...
Dah lame ni tak buat entry , ni baru nak buat nih. well macam-macam dah jadi dalam 2 minggu lepas cuti raya nih. raya aku cam biase jek tapi raye ni aku tade ape2 baru utk raye even selai benang raya huhu. tp tape la pon dah "tua" dah tayah nak ganti2 baju, niat nak ganti tu ade tp tade la beriye2 sgt nak pon.
borak pasal manusia jap. kita tak bole nak predict future. sebab tu manusia ni kelakar, masa senang tak de la nak igt ape akan jadi nanti, tak igt la nak besyukur ke ape ke, bile dah dalam happy mode tuh keep on happy je la, bile something blow up depan mata baru teringat nak sedar diri la ape la menyesal la itu la. sebab tu human is funny, dan terhantuk baru nak terngadah. macam aku, aku manusia biase jugak, aku bukannya alien ke ape ke, sama jek macam org lain, bernafas dgn idong, cakap ngan mulut, dengar dgn telinga, sama je sume. tp what we gone through everyday is not the same. path yg darmawan lalu adalah path dia, path jihan miskin path die lah, path mahathir path die lah, then path isrusli bin ismail is my path. aku je yg tau ape yg aku nampak, rasa, sentuh on the way path tu.
aku tak aspect akan jadi macam2 dalam mase 2 minggu dah kat sini nak masok minggu ke-3 dah. tapi itulah yg dah terjadi, dan apa yg akan terjadi aku pon tatau. aku tak mintak lahir di dunia ni, dan aku tak mintak apa yg dah berlaku dan sedang atau akan berlaku nanti. tapi itulah perancangan Dia, Dia lah sebaik-baik perancang dan perancangan-Nya adalah yang terbaik dan cantik sekali. cuma "manusia" jek yang tak sedar2 diri lagik.
penah tak terfikir untuk mengenang kisah2 silam, kadang2 kenang-kenang kisah lama nih best gak. ade lawak ade sedih sume ade. one day aku duduk kat pangkin depan umah aku, aku terigt kisah-kisah lama mase aku mule bole mengenal sesuatu itu, even cite2 mase lahir based on cite mak aku pon aku igt. ape yg aku lalu dari aku di lahirkan sampai la hari ni, kalo di fikir-fikirkan susah gak aku nak judge atau comment tentang perjalanan hidup aku sendiri. tp yg penting biarlah aku yg tau ape yg dah aku lalui. nak tak nak aku lah yg akan mengubah kehidupan aku dgn izin Dia.
gile jiwang aku ni, tade keje nak buat sebelum nak tido nih. seleseme nih tak tahan mengalir jek, maya lagik, mlp lagik "seronok"nye dpt esemen yg banyak, wah hebat aku! oklah chow dulu tade mende dah nak taip ni hingus dah kluar je nih.
assalamulaikum....
Friday, October 07, 2005
Tragedi 28 Oktober 2004
Assalamualaikum kawan2...maybe ini last entry untuk sem 1 ni, lepas ni cacat la aku tade connection, kat rumah aku mane ade connection, kat palong tu, line talipon tade, dah masok air. sem depan, sem 2 belum tentu lagi apa akan terjadi. no one can predict what will happen sooner or later. tp aku sebagai hamba Allah yang tak mampu membuat sebarang kudrat, hanya mampu berdoa dan bertawakal pada-Nya. apa yg ada dalam hati aku ni, hanya Dia saje yg tau.
Maybe bagi org lain i am still ISS that they know, suka gelak, suka melawak, and suke something yg happy, but behind that wall of happy, who knows what i am thinking, what i fell, and what i face. tp tak guna pon aku tunjukkan kat orang yang aku tgh ade prob ataupon tak mampu nak face dunia ni lagi, biarlah aku dan diri aku yang tahu. Cuti ni, macam2 yg aku dah plankan, same gak la macam "kawan" aku tu, but we jsut planning. Aku tak tahu dan tak bole fikirkan ape yang akan aku buat next sem. maybe benda yg baik akan datang, maybe tak baik. aku tak risaukan benda yg baik nak dtg, tp aku risaukan macam mana aku nak face dan accept benda tak baik tu. aku takot tiada kekuatan dalam diri ni nak face semua tu.
Pertama kali dalam hidup aku, "ini"lah kali pertama aku berkecimpung dalam satu "dunia" baru, baru mean tak penah aku lalui atau cuba dunia ni, but thats what i am facing now. tak sangka 28 oktober 2004 akan jadi satu tarikh yang sangat penting. aku tak sangka dunia ini akan manjadi satu titik permulaan yg menarik dalam hidup aku, even family aku terkejut dgn apa yg dah dan tengah terjadi pada aku, but they understand me, i am human being jugak. tapi ape salah aku, apa kekurangan aku, sampaikan "tragedi sem 2" bakal terjadi. mane kesilapan aku, mana kekurangan aku, mana kelemahan aku?! sapa yg akan bantu aku face tragedi ni nanti? apa yg akan dorong aku dan bagi kekuatan pada aku nanti?! hati ni bagaikan da lame luruh, yang tinggal hanyalah cebis-cebisan memory yang sukar dan takkan aku lupakan. "kawan" saya tak mampu nak lafazkan apa2 kerana apa yang tengah kita hadapi ini adalah dugaan dari Allah, you better than me, u should know what u must do. apa yg telah kita lakarkan selama ni, adalah memory yang telah Allah tuliskan untuk terjadi. Aku hanya perllu bersyukur di atas nikmat yang Dia dah kasi nih.
Anyway selamat berpuasa dan selamat hari raya aku ucapkan kat semua kawan2, sape2 saje yg kenal aku, maafkan kesilapan aku, halalkan makan minum aku. aku hanya insan biasa yang hanya mampu merancang dan berdoa, Allah juga yang menentukan.

