Assalamualaikum, phew syukur la sangat2, malam tadi conference ramai2 ngan dewa dewi MPD, diskas almost sume past year paper, agak banyak jugak yang keluar, mcq byk yang kuar bergantung ingat atau tak jek :D...
Thx to Seram a.k.a sera_bagus, elle(sape tah), monyettekejut, duku dan thx tu sume2 yg telibat(tak igt sume name) dalam conference malam tadi, sronok nak makan eskrim conference malam tadi,best gilo laa. dah la aku tak study sgt bile conference banyak soalan2 yang di diskas kuar tadi, agak seronok menjawab... tp tak sure la btol ke tak tepat atau tak...
ha malam ni kita ramai2 lagi conference untuk MPS plak, kita musti berjaya, Malaysia boleh!!!wawasan 2020 akan berjaya di capai dengan adanya conference2 begini!!! hidup yahooooo, kalo tak kerana yahoooo kita taleh nak conference, tidak lupa kepada mak ayah di rumah, kawan2 di kejauhan, tahun ni saya tak pat balik raya...ok lah nak study skit babai. malam ni kita conference lagikk..
eh eh eh belom nak babai lagik nih ade berita terkini...
Tuesday, September 27, 2005
MPD conference
AS akan dilanda taufan besar - * Lebih dahsyat daripada Katrina, Rita
tgk ni makin terok dah Barat sane, takot aku bace...adoii2, mari la kita sama2 takot dan buat la move2 yg sepatutnya....ok babai dah ni...
Monday, September 26, 2005
Rita belasah Texas
Rita belasah Texas
BEAUMONT, Texas 24 Sept. - Selepas tiga hari berada di Teluk Mexico, akhirnya taufan Rita yang dilaporkan mempunyai kekuatan sederas 195 kilometer sejam melanda sempadan Texas-Louisiana awal pagi ini. Taufan itu melanda kawasan darat negeri berkenaan pada pukul 3.38 pagi waktu tempatan (3.38 petang waktu Malaysia) hingga menyebabkan berlaku ombak setinggi enam meter dan hujan sehingga 63.5 sentimeter. Apa yang paling membimbangkan taufan itu akan mencetuskan angin puting beliung ketika ia bergerak menghala utara barat laut dengan angin mencecah 195 kilometer sejam. Berita selanjutnya http://www.utusan.com.my/
aih lepas2 tsunami kat aceh tu, macam2 lagi bencana berlaku, rita rudaini la, ape lagi la sume name2 pompuan pelik plak rase. tp kan manusia stay the same cam lagu joey micantyre, aku tgk same jek tak kire la negare mane pon, yg aku nampak same tu dari segi keinsafan tuh. adoii makin lame makin dekat dah nak kiamat, aku sendiri rase tak cukup lagi iman kat dada ni nak hadapi sume ni. risau kan?
tp ape2pon kita perlu beringat, merancang je yg kita mampu kerana sebaik mane kita merancang, perancangan Allah lah yg sebaik2 perancangan, Allah lah sebaik2 perancang. kita kena la ade niat, move, and tawakal. nih dah nak exam ni aku takot nye la sangat. adoi tetiber masok pasal exam plak. terus migrain, dalam peti otak ni blom cukup lagi nak berperang esok ni, nak berserah dan tawakal pon takot sebab tade usaha yg sungguh2 pon. isk same2 la kita doa jek.
anyway, aku nak mintak maaf kat sume kawan2 kalo2 ade aku buat salah, bukan kalo2 ade mmg ade pon, manusia tak lari dari wat salah kan? mintak maaf la sgt2 doa2kan lah kita sama2 bole jawab exam nanti. hehe assalamualaikum...
Sunday, September 25, 2005
exam wekk
adoiiiii dah exam week dahh, ape nak jadi ni kalo tak tak study2 lagik, doktor? arkitek? cleaner? lawyer? ntah la nak jadi ape pon aku tatau. dah la byk pastu pemalas, so sume keje tak jadi. adoiii macam2 nak setelkan ni dalam beberape minggu nih.
mpd, mpd, mci nak kene study, pegi2 study wat mende lain, gelak2, dalam library pon leh gelak, tu yg tak tahan tuh, naju wat lawak kambeng dalam lib. adoiiiiii sakit perut tahan gelak, rase cam nak tekentot tahan gelak isk.
ape bole buat kita jawab sume soalan exam nanti dgn btol dah berjaya. kalo korang ade ape2 tips kasi la kat shout box tu, aku yakin musti korang byk idea. fcm la katekan. arrr aku nak kurus. eh tetibe jek. adoiii aku dah gilee..
Monday, September 19, 2005
Wierd
assalamualaikum...aku pelik la, dah nak hujung sem 1 gamma ni, aku rase makin pelik, aku rase diri aku dah tak macam dulu lagi, rase cam aku dah transfrom jadi org lain. asal ek??. jadi pelik, jadi org yang pelik, pelik la senang kate. aku jadi org yg blur sentiase, blurrrrrryyyyy cam lagu l'arc en ciel - blurry eyes. siap ade lagu lagi, tp blur la senang kate. adoi tak pahammm!!!
pening pale aku fikir mende yg tgh aku hadapi ni, aku tatau ape yg tgh aku face, tp ntah la. adoi pening migrain aku di buatnye, arr berserah je la pada yang maha Esa. ntah la ape nak jadi lepas ni pon kita takkan tau.
adoiiii mengeluh semanjang aku dibuatnye, tolongggg!!!!!!!
Tuesday, September 13, 2005
Alqamah berpesan kepada puteranya katanaya: Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
(1) Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
(2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
(3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
(4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.
(5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
(6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
(7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
(8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
(9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
(10) Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
(11) Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
(12) Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Demikian pesanan Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

