Nih dah start apdet2, sure la sronok nak apdet mende lain plak kan. well takde ape sgt nak aku crite pon, just kelmarin mak aku sms aku suruh call balik since aku baru di share kan prepaid oleh kakteh aku yang sangat baik dan cantik (Tetibe die cantik utk hari tersebut). so aku pon tidak beragak-agak nak call balik beliau. jadi, aku pon call mak aku, dan secare tibe2, normally aku call mak aku ringing cam biase je la kan, tapi kali ni polik skit. tak pasal2 aku dengar caller ringtone berbunyi begini "sayang sayang sayang, kamu dah berpunya lalalala...." tanpa aku mengkaji apa2, aku jadi cuak sebab takot salah nombor ke ape ke kan...alih2 ade orang angkat and suara itu adalah familiar dan terus aku conclude itu adalah ibunda aku yang sudah pon berumur 63 tahun, duduk di kawasan felda Palong 1, boleh di katakan tidak begitu terdedah kpd teknologi2 yang pada aku tak ramai macik2 yang sebaya akan menikmati kecanggihan itu.
lantaran beliau mengangkat panggilan aku, aku terus gelak cam nak pegi mekdi and ape lagi aku tease mak aku haha. setelah mak aku membuat pengakuan dan penjelasan rupe2nye, mak aku dpt caller ringtone tu dari hotlink yang konon2 baik hati kasi free2 kat mak aku. hahahah tak bole blah sungguh hotlink itu, tp paling tak bole blah lagi adalah mak aku sukeeeeeeee caller ringtone ituu!!! adoihh!! aku pon tak pakai caller ringtone. well, itulah mak aku, sometime die suke bende2 yang kebanyakan orang tua di area2 rumah aku, palong 1, tak suke or some of them tak tededah and some of them jugak tanak amek tau pon... (mak tanak blikan utk saye ker?)
anyway, mom i lap u very much, bless me and wish me save and luck in my entire life. amin.
Thursday, April 17, 2008
Ibuku VS Alif Aziz
Monday, April 14, 2008
Tahukah Anda?!
Assalamualaikum...
Waduuhh!! lame gile dah aku tak hapdet blog inih, dah bekurun baru lah nak hapdet. bukannye ape cume *bizi dengan *keje yang *belambak, korang tau la kan aku ni still blaja, ade class *hari2, dah tu *keje lagik, pastu macam2 lagik la kan. so hari ni tetibe la plak rase nak hapdet blog ni sebab ape? sbb nye aku ade dapat satu story, bukan story ape pon, dpt idea entry ni pon sbb rumet aku pegi forward msg kat ym, so mari kita baca rentetan story berikut, Mariamah Tijo melaporkan.
Fakta menakjubkan untuk pengetahuan AM anda.....
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
*sungguh2 aku bace dalam ym aku tu, tibe2!! aku ade nampak perkataan" Pawas"... this is good...then aku keep on bace, die pon ade gak pengetahuan AM yang nobody in this world would know except die....teruskan membaca....
PaWaS: ko tau tak? manusia memerlukan ubat gegat untuk terus idup, kajian mengatakan ubat gegat mampu menambah peluang pekerjaan kepada para penganggur supaya lebeh pruduktif menghasilkan ubat gegat..dan dapat memajukan ekonomi negara. Justeru itu ini menyumbang kepada environment yg sihat pada manusia serta dapat menjamit manusia dimasa kan datang. Anda tau tak yg Koko Krunch tidak terdapat beruang Koala didalamnya.. tetapi hanya terdapat bijirin coklat untuk sarapan pagi.
beruang koala + cococrunch?
ade sesiape bole terangkan kat aku motif sebenar beliau berkenaan dengan ayat yang berwarna biru di atas?