Assalamualaikum...
WOHOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!! seronok seyh!!!!!!!!!! wallet aku dah di jumpai berkeadaan separuh bogel dan telah die serahkan ke balai polis cyberjaya setelah beberapa minggu aku menensyenkan diri sbb ilang wallet ituh!!!!!!!
begini ceritenye. ari tuh selepas abis keje2 mencantikkan mmu, aku, zakiah, ambo jugak dindang telah pon pegi ke alamanda menaiki bas. so dari sini pegi ke perhentian putra sane tuh, dari situ kami naik bas ke alavanda naik bas no 400. bas sampai je kami naik then atas tu merapu la borak2 ngan zaki, pastu time bas tu drop by sorang2 die break2 bas tu, so aku pon termenggelongsor ke depan tiap kali bas tu break. time tu la wallet aku termuntah kluar dari saku aku itu. so bile sampai alavanda aku pon turun dgn girang. then bile da nak sampai depan secret recipe, aku ckp la kat dia org ni nak banje secret recipe ari ni sambil meraba di ponggongku, aku rase flat je dan aku terus kecuakan sbb takde wallet dalam poket itu!!! derang punye la tak caye, igt aku memain agaknye. aku da gigil2 risau nih. bas dah jalan time tu mmg tak dapek la den nak nolong eh. then bermule la depress mode. call sane sini nak dptkan info sume. pastu gi la solat zohor, pastu gi mekdi zaki banje okeh jgn jeles (kuih apam tu zaki yg makan seketol sorang2). pastu balik dropby kat perhentian putra tu ade gak la tanye2 kat sane kan kalo2 ade peluang nak dpt balik, tp hampa.
then terus je balik mmu, then malamnye mintak tlg en nizam antakan ke balai polis cyberjaya, buat report sume, ade la dalam beberape hari gak aku menjadi pelarian atau pejalanan. bengong btol la, susahkan aku. dah la dalam tu ade duit rm80+20 dollar australia, atm card ade 2, id card, IC, contact, macam2 lagi la...BENGONG!!!!!! BANGEK!!!!!! hangin aku....
then beberape minit seblom aku start buat entry ni, ade org call. "hello, isrusli bin ismail yea?" "yea saye" "baru-baru ni wallet incik ade ilang kan?" "ye saye" "okeh begini, tadi saye baru dpt wallet incik di pejabat pos, ade org poskan kat sane" "wow! ana setuju, ye ke???!!!" "ye incik" "berape duit ade dalam tu?" "ade la dalam sekangkang kera" "okeh, jadi saya dah dpt wallet tu dari kera tu, jadi bole la incik amik kat balai polis cyberjaya yeah" "yeah baik la incik polis". aku letak2 je menjerit dengan penuh gaya woho!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! seronok gileeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!
okeh tu je la aku nak gi mandi ni.
Thursday, June 21, 2007
WOHoOOOOOOOoOOO!!!!
Friday, June 15, 2007
Azab Tinggal Solat...
Assalamualaikum,
Lame tak wat entry, buat balik nih. sure ramai org penah dgr pasal azab2 tinggal solat, aku pon slalu gak tinggal, tapi sbg peringatan sesama hamba Allah yg tak perfect, ni aku watkan entry bagi mengingatkan kawan2ku and sape2 je pon, yg baik datang dari Allah, yg buruk ofkroz dari aku (alarm sampai 4, tp subuh slalu gak tinggal, alarm konata ade, alarm henpon ade, alarm jam meja ade, alarm me pon ade...huhu)
14 azab bagi mereka yang mengabaikan solat.
i) 5 azab di dunia :
1.Tidak mendapat rahmat dalam kehidupannya.
2.Kehilangan nur (cahaya) di wajahnya.
3.Tidak mendapat pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
4.Doa-doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
5.Tidak mendapat bahagian doa-doa orang yang salih.
(ii) 3 macam azab pada masa hendak meninggal dunia :
1. Mati dengan keadaan aib.
2. Dalam keadaan lapar.
3. Dalam keadaan haus yang amat sangat.
(iii) 3 azab didalam kubur :
1. Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
2. Dibakar dengan api dalam kuburnya.
-diguling-gulingkan dirinya di atas bara api siang dan malam. Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas dirinya.Ular itu bertempik seperti bunyi guruh, “ Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah- lengahkan solat subuh hingga zuhur, kerana melengah-lengahkan solat zuhur hingga matahari masuk ke ufuk, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga solat magrib, kerana melengah-lengahkan solat magrib ke solat Isya’, kerana melengah-lengahkan solat Isha’hingga ke subuh.”Ular itu pun terus memukulnya hingga sampai hari kiamat.Setiap pukulan membenamkannya hingga 70 hasta.
(iv) Tiga azab dibangkitkan :selepas
1. Dihisap dengan serios.
2. Kemurkaan Allah.
3. Dicampak ke dalam api neraka.
Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya.Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula
batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, “Siapakah mereka itu, wahai Jibril?
Jibril berkata, “Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu.”
(Kita berlindung kepada Allah daripada mendapat azab atau siksa yang
sedemikian.) Amin! Ya Rabbal ‘Alamin!!