Assalamualaikum...
waalaikumsalam...
Friday, April 27, 2007
Sunday, April 22, 2007
She's My Everything
Assalamualaikum...
Lebih kurang pukul 9 pm, 20/4/07, akak aku sampai mmu utk amik aku utk accomplish satu mission utk surprisekan mak aku pada keesokannya iaitu 21/4/07 which is beday mak aku. dah cecah 62 tahun mak aku, tak sangka Allah masih memberi peluang pada aku dan mak aku malah family aku utk kami menyedari apa yg sepatutnya. so that night sampai kota kemuning which is rumah akak aku, kami plan buat kek sume, akak aku da siap beli lilin, pisau kek, bahan2 kek, kotak kek siap ngan perkataan "Happy Birthday" yg bakal di cucuk atas kek tu nnt, jimat kos, buat sendiri sume haha. bila sume da setel, pada hari yg dinanti2kan, pukul 5 aku ngan akak aku sekeluarga bertolak ke puchong perdana, rumah kaktam aku plak, venue di sana. so sesampai sana, get ready everything atas meja, and then kakcik aku call angah aku inform yg kami da ready, so bole la surprise mak aku da. why angah aku? mak aku tatau yg jumaat malam tu aku ke rumah kakcik sbb nak buat kek kat sane, kalo tak kantoi sbb mak aku ade rumah kakcik aku time tu. so angah aku dtg seblom aku sampai and bawak pegi umah angah aku. muka mak aku masam je sbb umah angah aku tade astro, pastu plan nak pegi tgk "jgn pandang belakang" that night tak jadi sbb nak buat kek utk hari sabtu nnt kan. so bila kami da ready everything, angah aku sms kasi tau yg dia org dah nak sampai, lg 5 mnt je sampai. then kita org kat dalam rumah kaktam aku tutup kipas sume sbb lilin da nyala, kek bawah kipas syiling asik padam je, so kene off kejap, semantara tunggu mak aku sampai and bukak pintu, kami dalam rumah sume basah ketiak ni ha nunggu tak sampai2 sbb umah akak aku 1st floor, mak aku tu pon jalan pelan2 je huhu. bila dia masok je, kita org jerit "surprise!!!! happy birthday mak!!!" macam dalam casa impian tu ha. huhu that was a great time. aku agak terharu dan sebak sbb masih lagi ada kesempatan utk mak aku menyambut hari jadi beliau bersama anak2nya, itu semua perancangan Allah, syukur sangat2 pada Dia.
time nih semua org tak sabar2 tunggu mak aku sampai, dgr org ketok je, anak buah aku pegi bukak pintu, die igt da sampai, rupe2nye jiran, malu je die haha.
ni gambar mak aku tgh tiup lilin, aisehh anak buah aku langgar aku time nak snap terus blur isk budak2 nih(alasan)
ini la hasil kek buatan sendiri, tade bakat dalam bakery, tp utk mak aku je, dan jimat sekali gus. beliau tak makan pon kek, budak2 je makan. dalamnya double cokelat moist, luar tu topping beli kat kedai pastu aku lecek2kan la atas tu pastu tgh2 tu blueberry, cam tak kene flavour tp bedal aje.
ni salah satu hadiah yg aku kasi kat beliau. gelang kristal,juga aku kasi beliau henbeg, mak aku suke wat koleksyen, pastu kasut sepasang. berseri muka mak aku, gembira mak aku, gembiralah aku jugak.
Semoga Allah sentiase menenangkan hati dan jiwa mak aku, murahkan rezeki beliau, panjangkan umur beliau sbb beliau pernah ckp sesuatu kat aku dan ianya btol2 menyentuh perasaan aku. aku mohon pada Allah panjangkan umur mak aku.
Wassalam.
Friday, April 20, 2007
Poning!!!
Assalamualaikum...
Sometime aku fikir sambil termenung tu, aku cube renungkan rentak tari dunia ni. aku lihat bermacam jenis manusia dengan kelaku yg bermacam jugak. sbg satu contoh (rekaan semata-mata, tp ada terjadi), aku mengenali seseorang itu dengan 1st intrepretation bahawa dia ni 1 of manusia yg hanyut dalam arus dunia ni termasoklah aku, cuma cara kami yg berbeza. bahkan beliau enjoy dan gembira pada mata kasar aku yg melihat. dlm hati beliau tiada sapa yg tau melainkan Dia. Setelah aku mengenali dgn lebih mendalam, beliau bukanlah sembarangan orang, beliau adalah seorang yg SEHARUSNYA membantu aku kerana aku sendiri dalam kesesatan. namun aku fikir(hanya pd fikiranku), bukan saje aku, malah kawan-kawan beliau jugak perlukan keunikan yg ada pada beliau.
Tarian beliau dalam mengharungi arus dunia amat kontras dgn apa yg ada dalam diri beliau. beliau seolah-olah menidakkan ilmu yg tidak ternilai yg ada dalam diri beliau. walaubagaimanapun tiada hak pada aku untuk aku menyatakan sedemikian. beliau pasti ada sebab mengapa arus yg beliau pilih itu lah yg menjadi pujaan hati. hari2 aku pikir, kenape beliau bole hidup dgn cara sebegitu sedangkan fitrah mahupun kehendak islam tidak sebegitu dan beliau lebih mengatuhinya dari aku. begitu juga aku, aku masih lagi mencari2, dan apa yg aku cari ada pada beliau. aku sendiri merasakan... alahaiii ruginye ilmu itu. namun aku masih menghormati beliau dan beliau ada hak utk dihormati mahupun dari esiapa saja.
Entahlah, aku dpt rasakan ada sedikit pemberontakan dalam jiwa beliau utk beliau menari mengikut rentak yg sepatutnya. namun aku ni manusia biase saje, bukannye mind reader. tp aku dpt rase sesuatu yg amat bernilai yg perlu aku grab dari beliau. cuma satu harapan aku, bukaklah mata hati dan sepasang mata itu kerana dunia adalah sementara. nak di ikotkan aku sebenarnya lagi jauh sekiranya di ukur ilmu didada aku dan beliau. setiap orang ada sebab tertentu dalam apa sahaja yg dibuat. tapi fikirlah, betapa ruginye jikalau kita hanya menyimpan ilmu itu tapi tidak di kongsikan kerana ramai lagi di luar sana contohnye aku, yang tercari-cari orang seperti beliau utk menimba dan mengaut segala keunikan yg ada pada orang seperti beliau. fikirkanlah....
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari aku sendiri...
Wassalam.
Saturday, April 14, 2007
Sebaik- baik Perancang
Assalamualaikum...
Sory la semua (cam la ramai bace blog aku) aku lambat hapdet. tadi pas zohor tetibe rase nak hapdet. well lately cam agak depress and terlalu ikotkan perasaan dalam mengharungi liku-liku kehidupan(lagu exist). fitrah manusia ni pelik je kadang2 aku tengok. time suka, gumbira, senang hati sume, time tu tak igt lak kat Dia. time dah terdesak, susah, sedih, time tu baru tehegeh2 nak igt Dia, pelik ke?? dah fitrah tak pelik da,h ape la aku ni. hmm... aku selalu pikir and slalu anggap diri aku ni byk sgt2 kekurangan. even da 22 tahun 11 bulan 24 hari aku di benarkan hidup kat dunia ni kan, macam2 lagi yg perlu aku tuntut, syukur Allah dah merancang, takdirkan, menentukan aku bertemu ngan kawan2 aku yg bagus2.
Smalam aku start blaja tajwid ngan Zaki Syahmi bin Zulkifli(amek name penuh). adoi hai, byk btol la salah silap, even da blaja time sek. menengah dulu, tp tak penah lekat kat hati ni. bak kate kawan aku, hal2 mcm ni semua pokok pangkal diri sendiri. kalo tak pandai tu tak perlu salahkan orang lain. harap2 aku blaja tajwid ni nnt tade la sekerat jalan je. kadang2 sebak je rase hati aku ni mengenangkan perjalanan hidup aku yg tak btol ni. wah sentimentalnye entry aku kali ni huhu. tatau nak letak ape, aku share la perasaan aku ngan korang. aku kagum sangat2 dengan kawan2 aku yang mampu mengajar aku tak kire la zaki ke, naju ke roza ke, sape2 je la yg penah ajar aku. didikan dari kecil sangat penting. korang nnt da kawen, didik la anak2 korang elok2, jgn nnt bila dia org besar, dia org lost, hanyut dalam arus dunia yg busuk ni. insyaAllah aku kalo da kawen nnt, anak2 aku nnt aku hantar ke rumah En. Zaki Syahmi kalo aku tak terer lagi la kan hahah future plan tak tahan.
aku masih lagi sesat dan tercari2 petunjuk yg ada pada sekeliling aku tuk aku perbaiki diri sendiri. aku still lagi tak jumpa diri aku yang sebenar. aku berharap Allah akan membantu aku kerana Allah akan tolong sape saje yang meminta tolong pada-Nya. Dialah sebaik-baik Perancang.
bosan skit entry kali ni, sbb tatau nak letak ape. segala yg baik datang dari Allah, yg buruk datang dari aku sendiri. Wassalam....
Sunday, April 08, 2007
ToRa DataNG LaGi!!!
Assalamualaikum sume...
(p/s: rollover image ada caption)
Lame btol aku tak buat entry since 22. Nov 2006. hari ni baru tergerak hati nak buat entry baru. time aku tgh nak buat entry tetibe dgr bunyi game pinball, rupe2 pijal tgh main...aku rase die dah delete WOW tak pon RO, tak pon CABAL (btol ke eje). spoil je pijal aku tgh nak piki entry best2 die men pinball lak dah. k sambung entry aku balik.
dah nak dekat 5 bulan ni tak buat entry baru. mcm2 terjadi dalam hari2 aku cuma tak tepiki and tak tebukak blogspot nak buat entry. hari ni lepas mandi terase nak buat lak. sem ni aku aktif main tennis atau *enis (bak kate syahrool), start dr 1st day sem 1 aku main sampai la hari ni. satu kejayaan dalam hidup aku. aku ni susah utk konsistenly dalam buat sesuatu tu (sape yg kenal aku paham la kot). aku rasa tak penah kot selame 17 tahun (...lala..) aku hidup, aku sekonsisten inih. so tepuk tgn utk aku. zaff (anti-makanan penjajah) byk tolong aku dalam bidang tenis ni, beliau hebat bangat. tak lupe cik din, abg azrin, staff CIMB, kawan kpd abg azrin, dan sebagainye.
lepas tu skang ni aku da sem 3 dah, sem depan nak intern, adoi beratnye (badan aku mmg berat) rase nak intern, cam tak sedia. tp tape la lantak la, dpt mane2 aku pegi je. tu la sape suh aku main2, skang da sampai mase tenganga tekangkang tatau nak buat ape. padan muko den. ermm harap2 tade ape2 halangan sem ni utk aku teruskan study, tanak sangkut2 da (iye iye je). harap2 cam tu la kan. tp aku rase sem ni, hidop aku menjadi makin rosak sbb aku ter kawan plak ngan 2 eko, eh bukan 2 tapi 3 eko keturunan azazil zekki (bkn name sebenar), syahrool (bkn name sebenar gak), aizadil (bkn name sebenar jugak).
tp takpe, aku cube blok dari terhasut dari mereka2 ni. ok lah, rase cam nak pegi makan, tp kenyang minum milo ngan zek...haha. nnt aku sambung lagi buat entry, tgk la esok ke, lusa ke rusa ke kembara ke juara ke, mane2 pon bole la....
assalamualaikum...